 |
Imej via Harian Metro |
GURU wanita sekolah rendah di Lahad Datu menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh pelajar sekolah menengah di surau sekolah guru itu, kelmarin.
Pada kejadian 1.50 tengah hari itu, suspek, pelajar lelaki, 13, dikatakan bertindak demikian ketika mahu mencuri duit milik guru wanita, 23, itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, ketika kejadian, guru terbabit sedang solat Zohor di surau sekolah tempatnya mengajar.
"Ketika tahiyat akhir... suspek (pelajar) menghentak guru terbabit dengan batu kerana bimbang mangsa menyedari duitnya dicuri.
"Berikutan itu, guru terbabit menjerit sebelum pengawal keselamatan serta guru lain yang terdengar jeritan itu segera menangkap suspek," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ramli berkata, siasatan mendapati suspek ponteng sekolah dan datang ke surau sekolah tempat mangsa mengajar dipercayai untuk mencuri.
"Suspek kini direman mengikut Seksyen 393/324 Kanun Keseksaan.
"Guru wanita yang menerima 17 jahitan bagaimanapun dilaporkan stabil," katanya.
Difahamkan, sekolah rendah itu terletak berhampiran dengan sekolah menengah.
Sumber: Harian Metro
Related Posts :
Update Mahkamah India Jatuhkan Hukuman Mati Terhadap Pemerkosa Gadis Enam Tahun >> Berita Malay 18
30 April 2018
Gambar hiasan(Foto: Reuters)
BANGALORE – Seorang lelaki di India telah dijatuhkan hukuman mat… Read More...
Update Pengundi bosan dengan 'muka sama' >> Berita Malay 18
30 April 2018
Perang poster kempen kini sedang berlangsung di seluruh negara menjelang pemilihan 12 Mei depan.
BAGHDAD - IRAQ. Han… Read More...
Update [Video Mat Sabu: 'Tak boleh diterima!' & Nurul Izzah: 'Kami ada plan B'] Mimpi panduan peribadi, kata Mufti Pulau Pinang. >> Berita Malay 18Isnin, 30 April 2018
Mimpi panduan peribadi, kata Mufti Pulau Pinang
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata mimp… Read More...
Update MCA Lakukan Transformasi Dengan Meletakkan Calon Muda Pada PRU-14 >> Berita Malay 18
Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai, berkata Barisan Nasional (BN) memasuki Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei ini, bukan untuk menjadi pem… Read More...
Update [Video Calon Pakatan Dun Rantau Di Halang & Wan Saiful Wan Jan, calon Bersatu P11 Pendang] Gelombang Dr Mahathir kini bergabung dengan Nik Omar. >> Berita Malay 18Isnin, 30 April 2018
Gelombang Dr Mahathir kini bergabung dengan Nik Omar, kata pengkaji
“Selama ini golongan pro Islam ini mengundi P… Read More...