MUAR: Pemilik dobi kontroversi yang menawarkan khidmat "mesra-Muslim" memohon maaf di atas tindakannya dan telah mematuhi titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menurunkan papan tanda berkenaan.
"Saya kesal dengan isu ini dan akan mematuhi titah Tuanku," kata pemilik dobi di Taman Seri Cempaka yang enggan namanya didedahkan.
Dia telah menurunkan papan tanda itu pada pagi Rabu susulan laporan yang dikeluarkan oleh The Star.
"Saya tidak sedar mengenai perkara itu pada awalnya. Saya hanya mengetahuinya selepas rakan-rakan memaklumkan tentang titah Tuanku," katanya pada Rabu.
Tinjauan yang dilakukan oleh The Star pada Rabu menunjukkan papan tanda itu tidak lagi dipamerkan di pintu masuk dobi berkenaan, namun masih beroperasi seperti biasa.
Dilaporkan, Sultan Ibrahim menitahkan agar dobi kontroversi yang hanya membenarkan pelanggan Muslim untuk menggunakannya agar menghentikan diskriminasi tersebut atau berdepan risiko ditutup oleh baginda.
"Beta tidak boleh terima perkara mengarut seperti ini. Ini adalah negeri Johor, negeri milik Bangsa Johor dan milik semua rakyat tidak kira bangsa dan agama. Negeri ini adalah progresif, moden dan bersederhana.
"Ini bukan negara Taliban dan sebagai Ketua Agama Islam di Johor, beta merasakan tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima dan bersifat ekstremis," titah baginda.
Tuanku Sultan Johor turut mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abdul Mutalip Abd Rahim, majlis agama dan majlis daerah untuk menyiasat perkara itu.
Gambar dobi mesra Muslim itu tular minggu lalu apabila dilaporkan hanya pelanggan Islam sahaja dibenarkan menggunakan mesin pencuci pakaian di premis itu.