SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengarahkan pemilik kedai dobi layan diri yang memberi perkhidmatan kepada orang Islam sahaja, memohon maaf secara terbuka dan segera menghentikan amalan diskriminasi atau berdepan risiko ditutup, kata akhbar The Star.
“Ini bukan negara Taliban dan sebagai ketua agama Islam di Johor, saya dapati tindakan ini tidak boleh diterima kerana ini bersifat ekstremis,” kata baginda kepada akhbar itu.
"
<body><div id=\"overlay\"><div id=\"my-ad-slot\"><script type=\"text/javascript\">var inmobi_conf={siteid:\"1de6707b1bf649a79978761a2b81cf62\",slot:\"14\",adtype:\"int\"};</script><script type=\"text/javascript\" src=\"http://ift.tt/2htaS8r type=\"text/javascript\">_inmobi.addEventListener(\"close\",function(a){});</script></body></html>">
"
Sultan menyelar pemilik kedai dobi itu sebagai mengarut, dan berkata keluarganya “sangat terkejut” berhubung insiden itu.
“Saya mahu pemiliknya meminta maaf kepada saya dan rakyat Johor. Beliau telah membuat orang Johor sangat marah dan malu kerana ini bukan Johor yang kita mahu.”
“Pemiliknya bertindak bertentangan dengan wawasan Johor yang bersatu, harmoni, sederhana dan toleran. Sekiranya dia tetap ingin meneruskan amalan ‘untuk Islam sahaja’, dia boleh tinggalkan Johor. Saya cadangkan dia membuka kedai di Afghanistan.”
Sultan menambah telah bercakap dengan Mufti Johor Mohd Tahrir Samsudin serta exco hal ehwal agama kerajaan negeri Abd Mutalip Abd Rahim mengenai perkara itu, dan majlis agama diarahkan menyiasat mengenainya.
Kedai dobi layan diri yang terletak di Muar, Johor, baru-baru ini menimbulkan kegemparan apabila meletakkan papan tanda di depan kedai mengatakan orang bukan Islam dilarang menggunakan mesin basuh di situ.
Pemiliknya mempertahankan tindakan itu dengan alasan beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang Islam dan dasar itu diambil bagi memastikan “kesucian”.
Sultan Ibrahim berkata baginda tidak berpuas hati dengan fakta yang pemiliknya kini telah menggantikan tulisan larangan kepada “mesra-Muslim”, susulan kontroversi yang timbul.
“Jangan cuba berlagak bijak. Ia tetap sama. Pemiliknya perlu dibersihkan otaknya,” katanya.
“Saya mahu ekstremisme seperti itu dihentikan. Ekstremisme tidak mempunyai tempat di negeri saya. Kita bangga menjadi Bangsa Johor dan saya ingin tahu di mana pemilik kedai dobi ini belajar Islam?
“Islam mengajar orang yang beriman bertoleransi dan menghormati orang lain dan agama lain,” katanya di Istana Bukit Serene, Johor Baharu, semalam.
Read More / Baca Lagi >>