Elizabeth Wong berkata partinya masih terbuka untuk rundingan termasuk dengan PAS.

SHAH ALAM: Syarat PAS terhadap PKR sebelum kedua-dua parti itu boleh bekerjasama, iaitu supaya PKR meninggalkan rakannya DAP dan Amanah, membuktikan parti Islam itu masih menyimpan niat untuk menjalinkan semula kerjasama politik, kata seorang anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.
“Kalau mereka mula cakap macam itu, saya rasa ia agak menarik kerana maksudnya mereka mula fikir mungkin ada peluang (berbincang dengan PKR),” kata Elizabeth Wong.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari baru-baru ini berkata PAS hanya akan membuka pintu rundingan atau mengadakan kerjasama politik sekiranya PKR meninggalkan Pakatan Harapan (PH), yang menurut PAS di diketuai DAP.
“Pintu rundingan ini dibuka semula dengan syarat PKR meninggalkan DAP dan PAN,” katanya Ahmad Fadhli merujuk singkatan kepada Amanah yang kerap digunakan pemimpin PAS.
PH yang menggabungkan PKR, DAP, Amanah dan PPBM merupakan gabungan politik menggantikan Pakatan Rakyat yang dimansuhkan selepas pertelingkahan PAS-DAP.
Mei lalu, PAS secara rasmi menamatkan kerjasama dengan PKR selepas menuduh parti itu melanggar syarat “tahaluf siyasi”, istilah yang digunakan pemimpin PAS untuk menyifatkan kerjasama politik bersama parti berlainan ideologi.
Elizabeth berkata PKR sebuah parti yang terbuka untuk berbincang dengan mana-mana parti politik termasuk PAS jika mempunyai agenda sama menumbangkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Mansuh semua tol Jam.P.Pinang bukan tol motosikal saja... >> Berita Malay 18
Janji Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang jika Barisan Nasional men… Read More...
Update Sah Hadi dicabar anak saudara di Marang >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Seorang nelayan lakukan pembedahan caesar pada seekor jerung , hasilnya mengejutkan! Video >> Berita Malay 18
Friday, 13 April 2018
Seorang nelayan lakukan pembedahan caesar pada ikan
Seorang nelayan di Australia menangkap jerung ma… Read More...
Update [Video Dr M 'gempur' Felda lagi, ribuan warga Felda, Bukit Kayu Hitam hadir] Guna logo AMANAH di Sabah, logo PKR di Sarawak. >> Berita Malay 18Sabtu, 14 April 2018
Yumpang sekole.
Guna logo AMANAH di Sabah, logo PKR di Sarawak
Calon Amanah akan menggunakan logo parti itu untu… Read More...
Update [Video Tegang..'tolong bertenang!' Pemandu teksi bergasak] Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, ADAKAH INI BUKAN RASUAH? 30 cedera berebut kad bantuan teksi 1Malaysia. >> Berita Malay 18Sabtu, 14 April 2018
ADAKAH INI BUKAN RASUAH?
Menjelang pilihanraya ini, selain menabur pelbagai peruntukan dan projek pembangunan sege… Read More...