Tindakan PAS meletakkan syarat supaya PKR keluar daripada Pakatan Harapan sekiranya ingin kedua-dua parti itu terus menjalinkan kerjasama politik, dianggap tidak wajar.

Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari berkata desakan itu dilihat tidak selari dengan matlamat PKR yang bersikap terbuka dengan semua parti pembangkang selain mahu setiap parti pembangkang membentuk kesatuan yang utuh terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"PKR masih berpegang kepada pandangan bahawa semua parti pembangkang perlu ada kesatuan dan kita juga sedang berusaha ke arah itu.
"Semua orang boleh beri cadangan termasuk PAS, namun kami konsisten dengan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) sebelum ini bahawa kesatuan semua pembangkang itu menjadi keutamaan kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perbincangan Meja Bulat Belanjawan Selangor 2018 di Shah Alam hari ini.
Beliau mengulas gesaan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari semalam bahawa parti Islam itu hanya akan membuka pintu rundingan dengan PKR sekiranya PKR meninggalkan Pakatan Harapan yang turut dianggotai DAP, iaitu parti yang PAS bertegas menolak menjalin sebarang hubungan politik lagi.
Sebelum ini, Anwar dalam suratnya mengakui bahawa beliau telah mengingatkan pemimpin PKR supaya tidak memutuskan hubungan dengan PAS selagi parti Islam itu bersedia untuk meneruskan perbincangan.
Surat itu dilapor dikeluarkan susulan Majlis Presiden Pakatan Harapan pada awal bulan lepas bersetuju untuk menolak sebarang kerjasama dengan PAS termasuk membabitkan PRU14
Related Posts :
Update 12 pesakit perempuan tuduh bomoh lakukan pelecehan seksual >> Berita Malay 18
09 Disember 2018
Joao Teixiera de Faria yang dikenal sebagai Joao de Deus (AFP)
SEJUMLAH wanita mengungkapkan… Read More...
Update SUHAKAN PATUT PANGGIL KU LI DAN KIT SIANG JOIN SEKALI >> Berita Malay 18
PATUT-PATUT PANGGILLAH MENTERI PAKATAN HARAPAN SEKALI, SURUH DEPA BAWA SYOR DALAM PARLIMEN. DR MAZAPUN UNDANG SEKALI, TU BARU ANAK JANTAN… Read More...
Update UPSI tawar program Smart Master dan Smart PhD khas buat para guru >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan program Smart Master dan Smart PhD kepada para guru yang ingin … Read More...
Update Himpunan 812, pesta Melayu puja kemungkaran... >> Berita Malay 18
Kita salut pada puak perompak, munafik, berjaya menghimpunkan ribuan lembu, kerbau, kambing, ayam itik datang berpesta menjulang kemungka… Read More...
Update Menteri Singapura Ugut Malaysia, Menteri Pertahanan Malaysia Sibuk Dengan Keropok Lekor >> Berita Malay 18
Menteri Pertahanan Malaysia didapati sibuk membuat kenyataan mengenai industri keropok lekor di Seri Tanjung, Mersing, Johor di dalam lam… Read More...