Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihaknya akan memberi fokus di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor pada PRU14 kali ini.
Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, disebabkan keyakinan itu, parti berkenaan bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru kerana sudah tidak terikat lagi dengan pakatan pembangkang seperti sebelum ini.
“Kami memberi fokus di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor pada PRU14 kali ini,” katanya kepada pemberita pada Himpunan Jentera Pemuda PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.
Beliau berkata fokus berkenaan kerana negeri-negeri tersebut mempunyai ramai pengundi Melayu beragama Islam tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan Perlis, Pahang dan Perak.
Katanya PAS sama sekali tidak bergantung pada kelemahan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tetapi bergantung kepada kekuatan yang ada pada PAS sendiri.