Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme Cynthia Gabriel berkata langkah itu tidak akan berjaya tanpa perlindungan tukang adu.

PETALING JAYA: Sebuah NGO anti-rasuah tidak yakin rancangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan ganjaran kepada penjawat awam yang melaporkan kes rasuah akan berhasil.
Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme Cynthia Gabriel berkata rancangan itu tidak akan berjaya tanpa meletakkan langkah-langkah perlindungan tukang adu yang secukupnya.
“Ganjaran itu bagus, tetapi hanya akan berhasil jika tukang adu diberi perlindungan secukupnya selepas membuat laporan itu,” katanya, dan menambah sesetengah orang mungkin tidak berminat dengan ganjaran itu kerana mereka benar-benar ikhlas mahu mengekang rasuah.
Aktivis itu berkata demikian selepas Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata penjawat awam yang melaporkan kes rasuah kepada agensi itu akan diberi ganjaran dalam bentuk insentif tunai, menyamai nilai rasuah yang ditawarkan.
Ganjaran itu akan diberikan sekiranya tertuduh disabit jenayah itu.
Sazali menambah setakat ini seorang kakitangan imigresen dan polis sudah menerima ganjaran kerana melaporkan rasuah.
“Ganjaran itu bagi menggalakkan penjawat awam melaporkan kegiatan rasuah sekali gus mampu menghapuskan rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara ini.”
Cynthia sebelum ini berkata budaya melaporkan salahlaku berisiko dan tidak mengalakkan kerana tukang adu diganggu dan ditahan.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/07/update-menteri-budak-kaki-penipu.html">Update "MENTERI BUDAK" kaki penipu, Direktori KBS masih ada Numan Afifi >> Berita Malay 18
SYED SADDIQ HENTIKAN WAYANG STADIUM, JELASKAN FAKTA INI KEPADA RAKYAT
Semakan jam 7.00 petang hari ini pada laman sesawang Kementeri … Read More...
Update Enam kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari gua di Thailand >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Tun M Mahu Malaysia Baru lebih Baik, kita harap bukan lebih LGBT, Lebih Syiah, Lebih Sesat, Lebih Belakangkan Melayu, Islam >> Berita Malay 18
Malaysia Baru, label yang kini popular digunakan untuk menggambarkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas PRU ke-14, sepatutnya “p… Read More...
Update LGBT: Umat Islam tidak boleh berdiam diri >> Berita Malay 18
8 Julai - Gejala hubungan sejenis atau lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan umat Islam adalah satu jenayah yan… Read More...
Update Awat Najib gitu sengkek untuk bayaq ikat jamin... >> Berita Malay 18
Hari ini adalah hari di mana Najib Razak perlu melangsaikan baki RM500 ribu daripada RM1 juta wang jaminan yang dikenakan mahkamah terhada… Read More...