Singapura memiliki empat bahasa rasmi iaitu Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.
Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu walaupun penggunaan bahasa Inggeris lebih meluas. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di antara kaum di Singapura. Ia juga digunakan dalam sistem pendidikan dan dalam pentadbiran kerajaan.
Bahasa Inggeris pasar yang digunakan oleh rakyat Singapura dalam situasi tidak formal dikenali sebagai 'Singlish'.
Lihatlah apa yang telah berlaku di Singapura, jika Bahasa Melayu terus diabaikan.
Kementerian-kementerian tertentu seperti MITI dengan bangganya mengadakan mesyuarat alam Bahasa Inggeris walaupun semua ahli mesyuarat adalah rakyat Malaysia.
Kerajaan pada hari ini dilihat tidak mementingkan penggunaan Bahasa Melayu apabila membiarkan sahaja program-program diadakan dalam Bahasa Inggeris.
Lihat saja di Dewan Rakyat, Yang di-Pertua sendiri bercakap dalam Bahasa Inggeris semasa di dalam dewan. Jika dahulu, ahli dewan yang ingin menyebut sesuatu dalam bahasa selain Bahasa Melayu mesti meminta izin dengan menyatakan "Dengan Izin".
Jika Bahasa Melayu direndahkan tarafnya oleh Bangsanya sendiri, jangan hairan jika situasi di dalam video di atas akan berlaku di Malaysia pula.