Update YB Jagdeep Singh Deo, Bila Mau Botak Kepala? >> Berita Malay 18




Di atas adalah gambar-gambar di Jalan P Ramlee, Pulau Pinang. Hujan turun dalam tempoh 10 minit saja mengakibatkan kesan seperti di atas. Bukan hujan setahun turun sehari, kalau ikut kata Ketua Menteri. Jalan P Ramlee terletak dalam Lembangan Sungai Pinang yang ulunya di kawasan Air Itam atau kaki Bukit Bendera di mana satu kawasan yang dibangunkan dengan terlalu pesat dan berkepadatan tinggi. Kawasan bukit ditarah dan dijarah untuk buka lebih banyak kawasan bagi pembangunan hartanah.

Lebihan air hendak ke mana lagi jika tidak melimpahi tebing sungai membanjiri kawasan rendah dengan cepat. Itu sebab di Pulau Pinang namanya banjir kilat. bukan banjir besar berhari-hari dalam kategori bencana alam seperti di Kelantan. Ini banjir kilat dalam kawasan bandar, kawasan kediaman dan komersil. Persoalannya, kKenapa air banjirnya berkeladak dan bercampur selut dan lumpur?

Jalan P Ramlee dalam kawasan DUN Datuk Keramat. ADUN nya adalah Jagdeep Singh Deo yang juga EXCO Perumahan. EXCO Perumahan bertanggungjawab lulus projek-projek perumahan. Jagdeep Singh Deo telah meluluskan banyak projek perumahan di hulu Sungai Pinang di kawasan Relau, Paya Terubong dan Air Itam.  

Jagdeep sendiri menyebabkan kesusahan yang dihadapi oleh Rakyat yang beliau juga sendiri mewakili mereka sebagai Wakil Rakyat. Bila banjir beliau akan turun ke kawasan dan berlakon menolong penduduk. Bila banjir beliau akan salahkan pihak lain sedangkan beliau sendiri adalah penyumbang kepada masalah banjir kilat ini.

Pada tahun 2012, Jagdeep Singh berkata yang dipetik akhbar Cina, kalau sekali lagi banjir, beliau akan botakkan kepala. Tahun 2017, lebih 20 kali banjir termasuk hari ini. Persoalan saya, bila YB mahu botakkan kepala?

Subscribe to receive free email updates: