Pada konvesyen yang bersejarah ini, AMANAH Perak memilih untuk membahaskan persoalan perubahan. AMANAH Perak akan lebih menjurus untuk membincangkan persoalan ‘perubahan’ dalam konteks kita. Istilah ‘perubahan’ adalah merujuk satu dinamika dalam norma kehidupan bermasyarakat agar lebih berdaya maju. Yang kita perlukan adalah perubahan yang membawa rahmah. Bukan perubahan yang memusnah sesuatu yang sedia baik.
Read More / Baca Lagi >>
Tinggi-tinggi kelapa bali
kental berdiri akar di bumi
walau bermusim di terik mentari,
tidak sekali lupakan diri.
(Akar Dan Bumi - Amuk)
Parti Amanah Negara (AMANAH) dibina sebagai wadah perjuangan baru untuk memenuhi tuntutan kepada perubahan yang diperlukan oleh rakyat. Sesekali kita tidak berganjak dalam perjuangan kita:
Allahhu rabbuna
Ar-rasul qudwatuna
Al-Quran dusturuna
Al-jihad fi sabilana
Al-mautu fi sabillah, asma amanina
(Al-Amal)
Jenuh kita menanggung tohmahan sebagai barua, pengkhianat, munafik dan sebagainya. Ini bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah manusia berkonflik dalam politik.
Kelompok minoriti yang ekstrem ini sentiasa wujud dalam sejarah mana-mana masyarakat di dunia. Untuk itu kita harus perbaharui pendekatan agar terus kekal pada landasan semasa dan tuntutan agama.
Kita bukan mahu perubahan kulit, seperti penukaran istilah daripada pengerusi tetap menjadi tuan speaker; muktamar kepada konvensyen, hijau ke oren, simbol kosong ke 'A' dan sebagainya. Itu perubahan kulit. Kita mahu perubahan isi. Substance.
Ya, AMANAH Perak amat bersetuju saranan presiden untuk kita keluar daripada kepompong politik perkauman dan ekstremis agama. Serangan politik yang bertopengkan perkauman dan agama juga bukan sesuatu yang baru.
Bukan ekstrem ke kanan, kiri
Sebenarnya ada juga kelompok yang kelihatan antiperkauman tetapi sebenarnya mereka bertenggek di atas najis perkauman. Bicaranya bersalut adat budaya, ayat-ayat suci, kononnya prodemokrasi, tetapi hakikatnya penuh dendam dan api kebencian.
Ini jelas bertentangan daripada ajaran agama, budaya dan falsafah demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.
Kita harus bersederhana dalam berpolitik. Jangan sampai musnah negara dan ummah. Bersederhanalah dalam merubah. Jangan ektrem ke kanan, juga jangan ekstrem ke kiri.
Jadilah golongan wasatiah dalam bertindak. Wasatiah bukan slogan.
AMANAH berjuang berpandukan landasan Rukun Negara dan prinsip kebenaran keadilan dan nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia kita dinamik dan unik. Perlembagaan kita mengabungkan elemen tradisi dan moden sebagai kerangka negara yang merdeka.
Manakala Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukun Negara adalah seperti berikut:
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.”
Ada istilah yang ingin AMANAH Perak tonjolkan seperti perpaduan, demokratik, masyarakat yang adil, saksama, kemakmuran, liberal, tradisi dan masyarakat yang progresif.
Adalah suatu yang panjang dan mendalam untuk menghuraikan satu persatu istilah yang ada di dalam Rukun Negara.
Bertindak lebih sederhana
Cuma pada kesempatan ini, AMANAH Perak mengambil kesempatan untuk melontarkan dua persoalan untuk dinilai secara kendiri. Sejauh mana perjuangan kita untuk membawa perubahan selama ini diimbangi antara nilai dan pendekatan yang progresif dengan konservatif, liberal dengan tradisi, demokratik dengan kratos (kuasa) lain?
Sejauh manakah perjuangan untuk membawa perubahan selama ini benar-benar membentuk perpaduan, kemakmuran, menawarkan keadilan dan menghargai kebudayaan yang kaya dan berbagai corak?
(Apabila saya menyebut persoalan perjuangan kita selama ini, ini bukan bererti dua tahun sejak penubuhan parti AMANAH. Apa yang saya ingin maksudkan "perjuangan kita selama ini" adalah sejak kita berada dalam landasan perjuangan politik. Termasuk dengan period sebelum adanya AMANAH.)
AMANAH Perak beranggapan kita terlalu obses pada istilah dan pendekatan popular sehingga melupakan persoalan yang fundamental dalam kerangka masyarakat yang kita dibina. Di sinilah perlu kita bersikap dan bertindak secara lebih sederhana.
Jangan keghairahan pada perubahan sehingga mencabut akar sistem politik negara. Asas pemerintahan negara kita adalah demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.