Perwakilan negeri Johor Azam Mehtar mahu Pakatan Harapan menetapkan pembahagian kerusi bagi empat parti dalam gabungan itu bagi hadapi Pilihan Raya Umum ke 14 tanpa berlaku pertindihan kerusi sebagaimana yang pernah berlaku pada PRU13 lalu ketika dalam Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, dalam tempoh lapan bulan selepas pembentangan Bajet Jumaat ini oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Razak atau selewatnya pada Jun 2018 Parlimen akan dibubarkan, Pakatan Harapan masih mempunyai ruang yang cukup untuk menentukan pembahagian kerusi antara PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu.
“Rakyat tertunggu kepimpinan utama Pakatan Harapan untuk putuskan kerusi yang ditandingi oleh komponen Pakatan Harapan dan Amanah Johor ternanti-nanti di mana kerusi kami.
“Johor berpandangan biar lambat agar tidak berlaku pertindanan kerusi sesama Pakatan Harapan berulang kembali sebagaimana di Sarawak pada PRU13 lalu,” ujarnya ketika membahaskan pidato Presiden petang ini.
Ketua Pemuda Negeri Johor ini juga berkata, AMANAH sebagai parti politik Islam perlu belajar dari sejarah dan menjadi sebuah parti dan pemimpin politik yang boleh menjangkau masa depan.
“Kalau kita lihat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub antara pemimpin Pakatan Harapan yang telah dipenjarakan di bawah Akta ISA oleh Dr Mahathir.
“Sekiranya mereka boleh berlapang dada bersama parti Bersatu adakah kita sebagai ahli AMANAH tidak boleh berlapang dada dengan komponen parti dalam Pakatan Harapan pula?” soalnya.
Justeru beliau menegaskan semua pimpinan dan ahli di negeri adalah jentera pilihan raya bagi Pakatan Harapan, bukan semata-mata menjadi jentera parti masing-masing.
Beliau turut mencadangkan sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan pendaftaran logo Pakatan Harapan, beliau mencadangkan parti komponen dalam Pakatan Harapan menggunakan satu warna baju dalam mengerakkan jentera pilihan raya.
“Kita adalah jentera parti Pakatan Harapan tidak kiraAMANAH, Bersatu, PKR, DAP . Jika mereka bertanding di kawasan AMANAH kita bersama bekerja kuat untuk menangkan Pakatan Harapan.
“Ahli AMANAH bukan sahaja berjiwa besar dan kita bangga kerana kepimpinan masa hadapan, mahu lihat petugas jentera pilihan raya miliki jiwa yang besar.
Read More / Baca Lagi >>