Gopal Sri Ram tidak bersetuju ahli perniagaan itu tidak menyalahi undang-undang negara.

Low Taek Jho, yang dikaitkan dengan 1MDB, sudah melakukan sekurang-kurangnya 4 kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, kata seorang bekas hakim.
“Berdasarkan fakta tidak seberapa daripada dokumen yang didedahkan di ruang awam, jelas beliau sudah melakukan sekurang-kurangnya 4 kesalahan,” kata Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Beliau menjawab bekas menteri undang-undang Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang berkata pendakwaraya hanya boleh bertindak terhadap ahli perniagaan itu, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, sekiranya beliau menyalahi undang-undang negara.
“Saya mahu tahu apakah kesalahan yang sudah beliau lakukan di Malaysia,” kata Nazri ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan, yang mengatakan tiada kes terhadap Jho Low di Malaysia.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa seluruh dunia tahu mengenai Jho Low dan kesalahan yang didakwa dilakukan ahli perniagaan itu tetapi Malaysia pula tidak.
“Semua kesalahan ini, jika ada dilakukan, dilakukan di luar negara. Biar kerajaan berkenaan dan pihak berkuasa mereka ambil tindakan terhadap beliau,” kata Nazri kepada pemberita di Shah Alam.
Sri Ram berkata Jho Low sudah melakukan pecah amanah ke atas harta yang diamanahkan kepada beliau.
Kedua, Jho Low boleh didakwa kerena menipu, katanya.
“Beliau juga boleh berdepan pendakwaan kerana berkomplot untuk melakukan pecah amanah dan bersubahat dalam pecah amanah,” tambahnya.
Sri Ram tidak bersetuju dengan Nazri mengenai pendapat Jho Low tidak melakukan sebarang kesalahan dalam negara.
“Polis berhak memburu beliau sebagai seorang pelarian dari undang-undang dan bersetuju dengan tindakan yang diambil polis seperti yang didedahkan timbalan perdana menteri di Dewan Rakyat pada Selesa,” katanya.
Low, kedudukannya masih tidak diketahui, menafikn dakwaan yang dilemparkan terhadapnya berkaitan skandal 1MDB yang menyaksikan dana berbilion ringgit didakwa disalurkan oleh beberapa individu.
Related Posts :
Update [Video Tun pun terkejut Semenyih] KEMAS ni memang kemaih (mantap) la..Semoga anggota Kemas terus komited dalam menjalankan tugas dan amanah demi negara. Habisslah Bosskau & UmnooBN! Hari ini Tun M ke IKEA berjalan2, Tun M suka 'deko' sendiri rumahnya juga ye. >> Berita Malay 18Isnin, 25 Februari 2019
Kelab Che Det
Hampir 5,000 daripada 17,905 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara berkumpul… Read More...
Update Tip Cara Yang Boleh Membuatkan Anda Mudah Tidur >> Berita Malay 18
Sesetengah orang ketika ini banyak yang mengalami masalah tidur, sehinggakan mereka kurang berehat dan membuat mereka merasa lelah ketika b… Read More...
Update [Video Dengar baik2! Tiada RM90 Juta Dalam Akaun Pas?] Dato Shukri (SPRM) tak de pun mengatakan siasatan SPRM dah ditutup atau selesai? Belum apa2 pun lagi lah walaun, jangan melompat lagi! Sekarang Bosskau baru nak MENGELUH, 2015 dia ENJOY aje sambung KONSENSI PLUS. >> Berita Malay 18Isnin, 25 Februari 2019
Pakatan Harapan Supporters
Sebenarnya malas admin nak ulas isu ni. Biarlah SPRM siasat. Tapi sebab banyak sangat ya… Read More...
Update [Video Mat Sabu: Ucapan Ceramah PRK Semenyih..UmnoBN, Pas KURUS di S' gor & P Pinang] Pas ambil tindakan jika terus fitnah terima dana RM90 juta! Erk, Sarawak Report selamba sahaja tidak menurunkan artikel pemimpin Pas makan rasuah 90 juta & Bila tok batin disuruh beri ucapan depan PH. >> Berita Malay 18Isnin, 25 Februari 2019
Erkkk Bosskau walaun!
Pas ambil tindakan jika terus fitnah terima dana RM90 juta
Pakatan Harapan Supporters
Sar… Read More...
Update [Live Mengapa Tun M & SPRM SEMBUNYIKAN SEMUA BUKTI RASUAH RM90 JUTA Hadi & Pas Round ke-2] Apa Najib buat bertahun-tahun jadi PM, tanya Muhyiddin >> Berita Malay 18Isnin, 25 Februari 2019
LIVE! KENYATAAN TERBUKA KEPADA TUN M & SURUHANJAYA PEROMPAK & RASUAH MALAYSIA (SPRM) Kepada Tun M & Ket… Read More...