Update Zaman Kleptokrasi: Ekonomi M'sia diunjur berkembang antara 5 dan 5.5 peratus pada 2018 >> Berita Malay 18

Ekonomi Malaysia dijangka terus mengekalkan momentum pertumbuhan kukuh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar diunjur berkembang di antara 5.0 peratus dan 5.5 peratus pada 2018, dipacu permintaan domestik yang berdaya tahan dalam persekitaran sektor luaran menggalakkan.
Menurut Laporan Ekonomi 2017/18 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita diunjur meningkat 5.1 peratus kepada RM42,777 berbanding RM40,713 pada 2017 sebelumnya, seiring dengan perkembangan ekonomi yang pesat.
Meskipun momentum pertumbuhan kekal kukuh, Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran luar termasuk peningkatan dasar perlindungan, ketidaktentuan dasar negara maju dan pasaran.
"Bagaimanapun, pembaharuan struktur yang dilaksanakan sejak beberapa tahun bagi mempelbagaikan ekonomi dan mengukuhkan sistem kewangan telah menyediakan penampan bagi menangani cabaran luar tersebut," kata laporan itu.
Inflasi kekal terkawal antara 2.5 peratus dan 3.5 peratus dengan ekonomi mencapai guna tenaga penuh.
Selain itu, perbelanjaan isi rumah kekal sebagai sumber pertumbuhan utama yang mendapat manfaat daripada pendapatan lebih stabil berikutan persekitaran guna tenaga serta harga komoditi yang kukuh.
Selain itu, pelaburan swasta dijangka terus berdaya tahan dan berkembang 8.9 peratus dan menyumbang 18.1 peratus kepada KDNK, kebanyakannya didorong oleh perbelanjaan modal dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan.
Perbelanjaan sektor swasta dijangka terus memacu pertumbuhan manakala sektor awam akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal, kata laporan itu.
Sektor luaran pula dijangka kekal kukuh disokong oleh permintaan berterusan daripada rakan dagangan utama.
"Perbelanjaan sektor awam diunjur menguncup 0.4 peratus berikutan pelaburan awam yang merosot 3.1 peratus terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan modal syarikat awam yang lebih rendah," kata laporan itu.
Dari sudut penawaran, pertumbuhan ekonomi dijangka menyeluruh dengan semua sektor mencatat pertumbuhan positif.
Eksport kasar dijangka berkembang 3.4 peratus kepada RM948.7 bilion pada 2018 berbanding RM917.5 bilion, disokong oleh permintaan berterusan produk elektrikal dan elektronik dan komoditi.
Sementara itu, import kasar diunjur meningkat 3.5 peratus kepada RM851.7 bilion yang mencerminkan aktiviti pelaburan yang menggalakkan.
Defisit akaun perkhidmatan dijangka meningkat kepada RM22.7 bilion berbanding RM18.8 billion.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :