'Self-proclaimed Top Dog' yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir mengaku seorang penipu. Beliau mengaku menipu untuk menang pilihanraya. Katanya ketika ditemubual lidah pembangkang, The Malaysian Insight, beliau berkata,
Masa dalam Kerajaan saya memburuk-burukkan mereka. Kerana saya nak menang pilihanraya. Tetapi mereka tidaklah seteruk yang saya gambarkan dulu.
Kalau Tun Dr Mahathir boleh berkelakuan jahat dengan memburukkan lawan politiknya dulu, apa yang membuatkan beliau tidak boleh mengulanginya sekarang? Sekarang lawan politiknya adalah Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan beliau juga mahu memenangi PRU-14.
Tun Dr Mahathir telah mengelarkan DS Najib Tun Razak dengan pelbagai gelaran seperti pencuri, perompak, lanun Bugis dan juga bertindak seperti kanak-kanak mumaiyiz dengan memanggil nama.
Terbaru, dakam ceramah di Dataran Stargate, Alor Setar, beliau memanggil Perdana Menteri denagan nama 'Najis'. Sekarang kita tahu kenapa. Beliau hanya mahu memenangi PRU-14 dengan memburukkan lawannya walaupun ianya tidak betul.