Negara ini tidak memerlukan seorang penyangak untuk menjadi Perdana Menteri, tegas Presiden Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, penyangak dapat disamakan dengan lanun, pencuri maupun ‘kawaq’ dalam loghat Kedah.

Ucapan awal Dr Mahathir di Rapat Umum Selamatkan Malaysia di Dataran Stargate, Alor Setar malam tadi mendapat tepukan gemuruh ribuan hadirin.
Menurut beliau lagi, kini penyangak telah diadaptasi bahasanya kepada ‘kleptokrasi’ yang mempunyai persamaan dengan penyamun ataupun pencuri.
“Kita merasa amat malu apabila negara luar melabelkan PM kita sebagai ‘crook’.
“Seharusnya rakyat negara ini tidak mengekalkan mana-mana penyangak sebagai Perdana Menteri.
“Sekiranya pemimpin sebegini dikekalkan dalam kepimpinan negara, maka mereka akan membeli pengundi dengan duit,” katanya.
Beliau juga berkata, isu 1MDB, derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi perdana menteri dan sebagainya adalah bukti jelas bagaimana kleptokrasi wujud dalam kepimpinan Najib.
Oleh kerana itu katanya, sekiranya rakyat tidak membuat perubahan maka banyak lagi wang rakyat akan hilang kerana dicuri.
Sehubungan itu ujarnya, bagi memastikan tiada lagi wang rakyat yang dicuri, rakyat harus membuat perubahan dari sekarang.
“Rakyat mesti berani untuk menukar pemimpin yang korup dan suka mencuri wang negara.
“Buktikan pembaharuan yang diingini dengan tidak lagi memberi sokongan kepada Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
“PH telah sepakat untuk membawa perubahan dengan membela nasib rakyat, sekaligus rakyat mesti menolak pemimpin yang gemar menjadi penyangak dalam pilihan raya umum nanti,” tambahnya lagi.
Beliau juga berkata, PH mempunyai ramai pemimpin yang mampu membawa perubahan bagi membela nasib rakyat.
Sehubungan itu ujarnya, rakyat harus membuktikan sokongan tersebut dengan berani untuk menolak Umno dan BN melalui peti undi tidak lama lagi.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Bosskurr PEROSAK BANGSAKU?] Bangang Seribu Bangang! BN curi duit Tabung Haji, lepas itu PAS & Najib minta dividen dari PH? Najib sekali lagi mohon tangguh bicara kes SRC. >> Berita Malay 18Selasa, 2 April 2019
Najib sekali lagi mohon tangguh bicara kes SRC
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan… Read More...
Update [Video AKHIRNYA NAJIB DIBICARAKAN] Masalah tanah masjid mendap lebih 10 tahun? Apa Umno/Gerakan/BN buat! Nasib baik DAP yang beri bantuan segera. Hidup PH! Mohd Nor calon bebas Rantau sudah dipecat daripada Amanah. >> Berita Malay 18Selasa, 2 April 2019
Jom Channel
Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu yang membenarkan bekas Perdana Men… Read More...
Update [Video TH pernah ditegur Bank Negara & HENTIKAN SEGERA FITNAH di masjid dan surau] Taktik bangang pembangkag! BN main api perkauman, kemudian salahkan PH & Kesian umat Islam yang terus ditipu oleh amanat Hadi! Sah tiada siaran langsung perbicaraan Najib. >> Berita Malay 18Selasa, 2 April 2019
Pakatan Harapan Supporters
Dalam FB berapi - rapi,
Mintak nak live sambil nak nafi,
Hari ni mohon tangguh lagi,
Ado… Read More...
Update [Video TERBONGKAR! Ini sebab utama mahkamah MENOLAK RAYUAN Najib?] Tok Mat Jangan Angkuh, Jangan Sombong Sangat & Hadi Jangan Bermulut Celupar! Mahkamah TOLAK permohonan Najib untuk terus TANGGUH KES. >> Berita Malay 18Selasa, 2 April 2019
TS.
… Read More...
Update Billionaire Najib evades RM1.4 billion in taxes... >> Berita Malay 18
Najib Evades RM1.4 Billion In Taxes On Income Of RM4 Billion 2011-2017...
Over the weekend, Najib Razak accused the government of ha… Read More...