Update PAS INI BERJUANG UNTUK APA? KENAPA DITOLAK MENTAH2 HASRAT PENYATUAN YANG DIHULUR UMNO? >> Berita Malay 18

Kadang-kadang rasa kasihan dan simpati pun ada dengan UMNO. Melalui Ketua Penerangannya, Annuar Musa yang sudah beberapa kali menyatakan hasrat UMNO ingin bekerjasama dengan Pas, tetapi semuanya ditolak mentah-mentah begitu saja.

Apabila Annuar mengatakan UMNO dan Pas mempunyai DNA yang sama, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menempelaknya sambil berkata,  "jangan perasanlah!!"

Kemudian apabila Annuar sekali lagi mengatakan UMNO sudah memberi mandat sepenuhnya kepada Najib Razak untuk merundingkan kerjasama itu dengan Pas, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan pula tampil dengan menyifatkannya sebagai propaganda dan lawak jenaka.

Kata beliau, Pas tidak akan sama-sekali bekerjasama  dengan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang ini.
Kenapa ditolak mentah-mentah hasrat penyatuan dan perpaduan yang dihulurkan oleh UMNO melalui Annuar itu?

Tidakkah hasrat kerjasama yang dilontarkan oleh UMNO itu baik demi kepentingan Melayu dan Islam yang kini sudah pun menjadi sebahagian agenda perjuangan Pas?

Ehhh...Pas ini berjuang untuk apa sebenarnya?

Pas seharusnya sedar, jalinan kerjasamanya dengan UMNO adalah perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh orang Melayu dan Islam negara ini serta pasti ramai yang akan menadah tangan tanda syukur jika ia benar-benar menjadi  kenyataan.

Malang sekali, dalam Pas bertempik mengatakan mereka mahu kuasa Melayu dan Islam kekal di negara ini, tetapi dalam masa yang sama masih keberatan untuk bekerjasama dengan UMNO.

Berbanding Pas kekal ingin menjadi kuasa ketiga dengan harapan dapat menjadi "king maker", pilihan itu sebenarnya belum tentu menjanjikan kemenangan dan kejayaan buat mereka.

Oleh kerana pilihan pengundi dalam PRU 14 adalah sama ada mewujudkan kerajaan baru atau mengekalkan kerajaan sedia ada dan Pas hanya bertanding 100 kerusi serta tidak mungkin mampu menjadi kerajaan, kemungkinan mereka ditolak awal-awal oleh pengundi adalah amat tinggi.

Kiranya itu yang berlaku, ia jelas sesuatu yang merugikan Pas sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :