ABUJA 11 Okt. – Ribuan guru sekolah rendah di sebuah negeri di Nigeria akan dipecat selepas mereka gagal dalam peperiksaan yang disediakan untuk murid berusia enam tahun di negara ini.
Gabenor negeri Kaduna, Nasir El-Rufai berkata, sebanyak 21,870 atau dua pertiga daripada jumlah keseluruhan guru didapati gagal untuk mendapatkan markah 75 peratus atau lebih tinggi dalam ujian yang disasarkan kepada murid.
BBC memetik beliau sebagai berkata, sebanyak 25,000 orang guru baharu akan diambil bagi menggantikan mereka yang dipecat.
“Pengambilan guru pada masa lalu banyak dipolitikkan dan kami berharap dapat mengubah pendekatan itu dengan membawa masuk guru sekolah rendah yang muda dan berkelayakan bagi mengembalikan maruah pendidikan di negeri ini,” katanya dalam satu mesyuarat bersama wakil Bank Dunia di Kaduna.
Beliau berkata, pihaknya juga akan menyelesaikan masalah nisbah antara guru dan murid di seluruh negeri.
Katanya, sesetengah kawasan ketika ini mempunyai seorang guru untuk setiap sembilan murid manakala di kawasan lain, nisbahnya adalah satu berbanding 100.