Update Pengaruh Wahabi ke atas Malaysia di bawah Najib terus subur >> Berita Malay 18

Semakin rapat Malaysia kepada kerajaan Arab Saudi, semakin luas pintu terbuka untuk nilai konservatif meresap masuk.
islam-wahabi-malay-voters-1
KUALA LUMPUR: Malaysia semakin cenderung ke arah Islam konservatif yang menyaksikan peningkatan sikap tidak bertoleransi, menurut analisa sebuah majalah perkembangan Asia Pasifik, The Diplomat.
Menurutnya, ia terjadi akibat pengaruh Islam versi Wahabi dari Arab Saudi dan keinginan kerajaan Malaysia untuk kekal berkuasa.
Artikel yang dikarang seorang bekas penasihat hak asasi kepada kerajaan Malaysia itu berkata kerajaan Malaysia kini semakin memenuhi kehendak kumpulan Islam yang tidak mahu bertolak ansur.
Menurut Dominique Fernandes, keredama terhadap politik yang memecahbelahkan kaum mewujudkan situasi di mana belia tertarik dengan ajaran ekstrem yang menjurus fundamentalisme.
Kecenderungan itu, katanya, hasil daripada hubungan rapat Malaysia dengan kerabat diraja Saudi dan minat mereka dengan wang hasil minyak.
Beliau menjejak kembali hubungan Malaysia dan Arab Saudi sejak awal, iaitu ketika perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman sehinggalah Datuk Seri Najib Razak.
Wahabi adalah versi Islam yang mula disebarkan oleh Muhammad Ibn Saud, pengasas negara moden Arab Saudi, menerusi satu pakatan dengan seorang ulama, Abd al-Wahhab. Ajaran itu masih menjadi teras kepada insititusi keagamaan Arab Saudi sehingga hari ini.
Pengaruh Wahabi, menurut laporan itu, “tersebar luas di Malaysia dan Indonesia hari ini dengan majoriti orang Islam di kedua-dua negara menggabungkan amalan dan budaya Arab dengan Islam, walaupun mengikut sejarah, Asia Tenggara sudah lama cenderung ke arah Islam yang lebih sederhana.”
Di Malaysia, seorang penganut Islam yang “baik” dilihat sebagai seorang yang mematuhi budaya Arab, dan mengamalkan Islam secara literal yang dieksport oleh Arab Saudi, katanya.
Fernandes berkata walaupun pada awalnya Umno melawan parti pembangkang PAS ke atas golongan muda kelas pertengahan Melayu, namun parti Melayu itu kini semakin bergantung kepada kempen politik yang fokuskan Islam untuk menarik pengundi Melayu yang semakin berubah.
“Ramai penduduk bandar hari ini bimbang peralihan ini akan membawa Malaysia ke arah Islam literal yang lebih sempit, bukan yang lebih sederhana dan penuh toleransi seperti yang diamalkan negara dahulu.”
Artikel itu turut menyebut mengenai ucapan Najib pada Jun 2014 mengajak ahli Umno mencontohi disiplin dan kecekalan kumpulan militan IS dalam perjuangan mereka.
Najib dilaporkan berkata, “Apabila seseorang berani berjuang sehingga mati, mereka boleh mengalahkan pasukan yang lebih besar”.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :