Update Tektik Menjelang Pilihan Raya Umum Ke 14, @NgaKorMing Sudah Jadi Ezam Kotak >> Berita Malay 18



Apabila muncul Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK), isu pengundi hantu akan muncul kembali. Pengundi-pengundi hantu ini pun bijak. Hanya muncul dalam 4 ke 5 tahun sekali. Kita tidak lupa bagaimana bersusah payahnya pembangkang membawa isu pengundi-pengundi hantu berketurunan Bangladesh sewaktu PRU ke 13 namun tidak ada satu kes pun dapat mereka buktikan.

PRU ke 14 datang lagi. Semalam, Ahli Parlimen (MP) Taiping telah membuat Sidang Media kononnya mereka mempunyai berkotak-kotak bukti sejumlah 165,000 org pengundi hantu tanpa alamat wujud di Perak. Setakat panggil beberapa orang macai bergambar dengan kotak-kotak bekas menyimpan kertas fotokopi, saya boleh buat lebih baik dari itu.

Kotak yang digunakan pun seiras kotak-kotak bukti yang digunakan oleh Ezam Mohd Noor yang lebih dikenali sebagai Ezam Kotak, satu lagi nama yang mencanangkan beliau mempunyai berkotak-kotak bukti rasuah pemimpin-pemimpin UMNO.

Persoalannya di sini, kenapa YB Taiping ini masih belum membuat laporan ke Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Kenapa perlu propa untuk Sidang Media dan tidak mempunyai masa untuk membuat laporan polis?

Subscribe to receive free email updates: