Update Azmin: Kerajaan pusat tangguh pengambilalihan Splash hingga Julai 2018 >> Berita Malay 18

Azmin Ali berkata, kerajaan persekutuan menerusi surat dihantar kepada kerajaan Selangor mencadangkan perjanjian jual beli saham Splash dilanjutkan 9 bulan sehingga 4 Julai 2018 yang akan ditentukan kerajaan persekutuan.
azmin-splash
SHAH ALAM: Proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) oleh kerajaan Selangor ditangguhkan buat kali-3 sehingga 4 Julai 2018 atas permintaan kerajaan persekutuan, kata Datuk Seri Azmin Ali.
Menteri besar Selangor itu berkata, Putrajaya memaklumkan penangguhan itu menerusi 2 surat yang dihantar Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) kepada kerajaan negeri.
Beliau berkata, penangguhan itu juga dibuat selepas kerajaan negeri gagal mendapatkan sebutan harga bagi proses pengambilalihannya dari kerajaan pusat.
“Rundingan pengambilalihan Splash belum dimuktamadkan, justeru kerajaan negeri belum dapat sahkan nilai sebenar jumlah pengambilalihan isu air negeri.
“Kementerian berpandangan terdapat keperluan untuk melanjutkan tempoh pengambialihan yang mana tempoh untuk melanjutkan tempoh ini diminta kerajaan persekutuan.
“Justeru, kerajaan persekutuan menerusi surat dihantar kepada kerajaan negeri mencadangkan perjanjian jual beli saham dilanjutkan 9 bulan sehingga 4 Julai 2018 yang ditentukan sendiri oleh kerajaan persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Sulaiman Razak (BN-Permatang) mengenai tawaran kerajaan negeri untuk mengambil alih Splash.
Pengambilalihan itu sepatutnya selesai 5 Oktober lalu, dengan nilainya didedahkan pada hari sama.
Mengulas lanjut, Azmin berkata, kerajaan negeri kecewa dengan hasil dapatan penilaian oleh panel penilai lantikan peringkat kerajaan persekutuan.
Katanya, kerajaan persekutuan sewajarnya lebih terbuka dan mengamalkan prinsip berintegriti demi menjaga kepentingan rakyat.
“Dalam surat bertarikh 21 September dari kementerian yang menegaskan peranan kerajaan persekutuan adalah sebagai pemudah cara dalam proses rundingan untuk pastikan harga ditawarkan itu berpatutan.
“Maka, kerajaan negeri ingin dapatkan pengesahan daripada kerajaan persekutuan berhubung nilai yang munasabah untuk ditawar kepada Splash berdasarkan hasil penilaian Deloitte.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :