Update Terbelakah nasib pekebun kecil dengan bajet besar? >> Berita Malay 18

BARU-BARU ini saya ke kawasan sekitar Parlimen Ledang, kawasan yang boleh dianggap luar bandar dengan penduduknya majoriti sebagai pekebun kecil, petani dan peniaga.
Walaupun tiada tanah rancangan Felda dalam kawasan Parlimen berkenaan, namun terdapat kawasan tanah yang telah dan masih diusahakan oleh penduduk dengan tanaman kelapa sawit, getah, nenas, pisang, jambu batu, sayur-sayuran dan lain-lain, seperti mana tanah rancangan. Malah sawah padi juga wujud walaupun tidak begitu luas.
Yang menariknya, tanaman berkenaan kadang-kadang luas namun ada juga yang sebesar satu hingga dua ekar yang terletak berdekatan atau di belakang rumah tuan tanah.
Ia masih diusahakan dan mendatangkan hasil. Lantas, pertanian merupakan aktiviti dan tempat pergantungan hidup yang utama untuk penduduk. Lebih banyak hasil maka lebih banyak pendapatan yang boleh diperolehi.
Dalam tinjauan saya sejak beberapa bulan lalu, saya pernah temui penduduk yang telah berkebun berpuluh tahun lamanya, mewarisinya daripada ibu ayah mereka. Ada yang sudah berusia 60 atau 70 tahun tetapi masih berkebun. Bagi mereka, itulah sumber pendapatan dan kerja hakiki.
Saya pernah berjumpa sepasang suami isteri yang begitu. Apabila bertemu saya bertanya beliau, “pakcik baru balik menoreh ke?” Jawab beliau, “ya, belum mandi lagi ni”.
Saya tanya lagi, “isteri pakcik mana, ada dalam rumah?”.
“Tak, dia belum balik. Menoreh jugak. Saya tengah tunggu dia balik lah ni," jawabnya dengan telo Jawa. Saya agak usia pakcik itu dalam lingkungan 70-an.
Jika dilihat rumah mereka, saya tidak fikir mereka mendapat hasil yang lumayan daripada kerja menoreh, namun saya hormat mereka kerana berdaya usaha mencari pendapatan yang halal.
Mereka mungkin tidak miskin tetapi mereka reda dengan apa yang ada dan kekal begitu.
Sebuah lagi keluarga yang saya temui mengambil upah di kebun nenas. Saya tidak pasti berapa upah yang diperolehi tetapi saya anggarkan mungkin dalam RM50 sehari. Itu pun kalau tidak hujan. Secara kasar, mungkin pendapatan sebulan sekitar RM1,000-1,200.
Apakah pendapatan itu memadai? Mungkin ada yang kata memadai memandangkan kos sara hidup yang lebih rendah di Ledang dibandingkan dengan kawasan bandar atau bandar raya. Benarkah?
Saya difahamkan, untuk tanah dengan keluasan kira-kira 1.2 hektar, seseorang penoreh hanya memperoleh 30 kilogram getah sehari berbanding antara 60 hingga 70 kilogram sebelum ini.
Kini, penoreh bukan sahaja menghadapi kejatuhan harga getah tetapi juga terpaksa menangani masalah kurang hasil torehan, menjadikan kehidupan mereka bertambah sukar. Walaupun harga getah mencapai RM4 sekilogram baru-baru ini, namun kenaikan itu masih gagal memuaskan hati pemilik kebun dan penoreh getah.
Menurut penoreh, pendapatan bersih mereka gagal mencecah RM1,000 sebulan, iaitu gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan untuk semua pekerja termasuk pekerja asing.
Selain penoreh, saya percaya nasib pekebun kecil yang terlibat dengan penanaman kelapa sawit, nenas dan jambu batu juga mencabar.
Baru-baru ini saya berkesempatan bertemu dengan seorang pekebun kecil jambu batu di kawasan Sengkang, Tangkak, Johor. Beliau sudah terlibat dalam pertanian sejak 30 tahun dahulu, pernah menanam tembikai susu, tembikai merah, betik dan pisang.
Menurut beliau, dalam 20 tahun lalu, cabaran bertani tidak begitu sukar kerana senang untuk mendapat pekerja, harga baja yang rendah dan tiada cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Katanya, pada masa itu harga satu beg 50 kilogram baja import hanya RM25 hingga RM30. Sekarang harganya antara RM120 hingga RM140 iaitu lebih tiga kali ganda kenaikan!
Selain itu, dulu katanya, sebotol racun ulat berharga antara RM5 hingga RM10 seliter, kini RM100 seliter. Kosnya telah melambung tinggi. Dengan kejatuhan nilai ringgit dan baja serta racun merupakan produk import maka kos tinggi ini terpaksa ditanggung oleh pekebun kecil.
Menurutnya, hasil yang diperoleh tidak setinggi mana. Jika 10 tahun dahulu, harga sekilo jambu batu ialah seringgit, sekarang pun hanya seringgit lebih sekilo.
Mungkin hasil telah meningkat 10 hingga 20 peratus namun kos meningkat lebih tinggi sehingga 300 atau 400%. Dengan kos yang tinggi dan hasil yang lebih kurang sama, bermakna nasib pekebun kecil tidak banyak berubah.
Dalam Bajet 2018, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan peruntukan besar RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :