Yeop Adlan Che Rose berkata, beliau tidak pernah menyertai Umno walaupun berkhidmat dengan kerajaan hampir 30 tahun kerana melihat parti itu belum berjaya membela nasib orang Melayu.
Che Rose Abdullah pernah menjadi calon DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu pada pilihan raya umum 1974.
“Sudah tentu saya seperti pulang ke rumah hari ini. Saya patut pulang awal sebenarnya,” katanya pada sidang media mengumumkan kemasukannya secara rasmi ke DAP di ibu pejabat part itu.
Penyertaan bekas penjawat awam berusia 74 tahun itu dalam DAP diuar-uarkan sejak 2 November lalu melalui saluran media sosial DAP kerana meyakini kerajaan Pulau Pinang yang diterajui parti dilabelkan anti-Melayu itu serta sumbangannya kepada pembangunan Islam.
Beliau sebelum ini bersama PAS sebagai calon kerusi Parlimen Hulu Langat pada PRU 2004 dan ahli jawatankuasa Lajnah Antarabangsa parti Islam itu.
Beliau memutuskan untuk meninggalkan PAS kerana parti Islam itu tidak mampu membela nasib Melayu.
Sebelum menyertai PAS, katanya, beliau tidak pernah menyertai Umno walaupun berkhidmat dengan kerajaan hampir 30 tahun kerana melihat Umno belum berjaya membela nasib orang Melayu.
“Persoalan yang utama pada saya adalah kedudukan Melayu. Umno jelas tidak buat dan belum berjaya membela nasib Melayu.
“Dan saya menyertai PAS untuk menuju jalan kemurnian agama. Tapi jelas PAS pun tidak buat dan gagal juga,” katanya.
Yeop Adlan yakin DAP boleh membawa kebaikan kepada pembangunan negara melalui prestasi pentadbirannya di Pulau Pinang yang terbukti menjadi negeri cekap, bersih dan amanah.
“Selepas 60 tahun, kita tidak boleh tunggu. DAP tunjukkan apa dia lakukan di Pulau Pinang, kerajaan yang cekap, bersih dan amanah.
Read More / Baca Lagi >>