Majalah
The Economist membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-14 mungkin diadakan pada Februari tahun depan selepas perayaan Tahun Baru Cina.
Menyifatkan tempoh berkenaan sebagai "masa manis" untuk mengadakan pilihan raya, majalah itu bagaimanapun meramalkan "keputusan pahit" buat pesaing Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut majalah itu, walaupun Najib dikaitkan dalam penyelewengan berhubung skandal 1MDB - yang berulang-kali dinafikannya - beliau kelihatan berada di landasan betul untuk mengekalkan cengkaman kuasa.
"Berdepan dengan pembangkang yang semakin kukuh, Najib mungkin memilih untuk mengadakan pilihan raya lebih awal, dan bukannya kemudian.
“Tetapi pilihan raya dalam dua bulan akan datang mungkin bersamaan dengan musim banjir di kawasan luar bandar, yang mungkin menyekat pengundi membuang undi dan ada yang akan menjadi marah.
“Ini boleh dielakkan dengan mengadakannya lewat sedikit. Tetapi perdana menteri tidak akan mahu menunggu lama, memandangkan (bekas pemimpin pembangkang) Datuk Seri Anwar (Ibrahim) mungkin bebas seawal bulan April," katanya.
Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun atas sabitan kes liwat yang dakwanya direkayasa oleh pentadbiran Najib. Pihak berkuasa menafikan tuduhan berkenaan.
Menurut
The Economist, “gerrymandering” atau penipuan akan menjadi antara faktor membantu Najib memenangi pilihan raya akan datang.
"Pada pilihan raya lalus, walaupun pembangkang memenangi 51 peratus undi, ia hanya mendapat 40 peratus daripada 222 kerusi di Parlimen.
“Suruhanjaya Pilihan Raya, dengan anggota yang dilantik oleh kerajaan, mencadangkan persempadanan semula yang akan melihat pengundi seperti etnik-Cina yang lazimnya mengundi pembangkang dipindahkan ke kerusi kawasan-kawasan besar, yang kebanyakannya di bandar.
"Ini bermakna undi mereka dikira kurang daripada orang Melayu di kawasan luar bandar yang jarang penduduknya, yang cenderung memihak kepada Umno.
Related Posts :
Update [Video Terkini 8 BUAH BANK DIKENAKAN TINDAKAN AKIBAT BERSUBAHAT BERSAMA 1MDB?] Nasib baik tak ada UMNO/PAS di N.Zealand & TALIBAN singkatan TALI BArut Najib! Janji2 PAS yang masih belum ditunaikan walaupun selepas 10,000 hari... >> Berita Malay 18Jumaat, 22 Mac 2019
MENARIK DALAM RENTASAN 470 1. DUIT BEKU - GUAN ENG SEKOLAHKAN AHMAD MASLAN 2. INI CARA KHALID BERSIHKAN DBKL 3. TUN M K… Read More...
Update Checkmate! Checkmate! Syed Saddiq membisu, tertelan biji nangka, seolah-olah dia langsung tidak kenal Jufazli? DAP sokong penuh usul kecam pembunuhan kejam orang Islam di Christchurch, NZ >> Berita Malay 18Jumaat, 22 Mac 2019
Kami Viral
Hari ini aku banyak masa, aku tengok ramai juga yang komen mengenai penahanan Jufazli..
Biar la aku cerita ki… Read More...
Update Guru rajin di sekolah alami tekanan dakwa NUTP >> Berita Malay 18
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mendedahkan guru rajin di sekolah merupakan antara mereka yang berdepan dengan … Read More...
Update [Video Tun M Saya awai2 keluaq Umno, MP Umno BIADAP & TULISAN DI SENJATA serangan pengganas di Masjid Christchurch] Skrg UMNO dah terbangsat, masuklah saja parti BERSATU utk tubuhkan parti UMNO 3.0 Habis cerita! Perhimpunan solidariti NZ dapat lampu hijau DBKL >> Berita Malay 18Jumaat, 22 Mac 2019
Otai BERSIH
SEMOGA UMNO & PAS (UMNOPAS-BN) ADA STAMINA UNTUK MEMENANGI PRU15 @ 2023
UMNOBN diberikan nikmat kua… Read More...
Update A judicial system operates like a business cartel ... >> Berita Malay 18
Dr.M’s Weapon To Bypass Corrupt Top Judges Still In Control Of Kangaroo Court...
When Hamid Sultan Abu Backer, a Court of Appeal Jud… Read More...