Update Sukar iktiraf UEC selagi bercanggah Dasar Pendidikan Kebangsaan >> Berita Malay 18


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Desakan Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) agar kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sukar untuk dipenuhi selagi perkara-perkara yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan tidak diselesaikan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perbincangan dengan Dong Zong juga masih dibuka bagi mencari mekanisme untuk mengasimilasikan dua subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah dalam UEC.

"Kita masih berbincang, bukan tolak 100 peratus. Halangannya adalah UEC tidak mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan, jadi bila UEC tidak ikut, kita tidak terima UEC," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sumber – UTUSAN ONLINE





loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :