Update RM90 Juta: Najib saksi berpotensi saman Hadi-Clare >> Berita Malay 18

Ini kerana saman oleh presiden PAS dan saman balas oleh editor Sarawak Report membabitkan perdana menteri, kata Hanipa Maidin.
Clare-Rewcastle-Brown-1
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak saksi berpotensi apabila perbicaraan saman Datuk Seri Hadi Awang terhadap Clare Rewcastle Brown bermula di London tahun depan, kata seorang peguam.
Mohamed Hanipa Maidin berkata Najib boleh disapina untuk memberi bukti bagi pihak Hadi atau Calre.
“Ini kerana saman oleh Hadi dan saman balas oleh Clare membabitkan perdana menteri,” katanya ketika ditemui di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahli Parlimen Sepang itu tampil mengiringi Timbalan Setiausaha Agung Amanah Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus memfailkan permohonan quarranto untuk mengisytiharkan pelantikan Ketua Hakim Negara Raus Sharif sebagai tak berperlembagaan.
Beliau berkata Malaysia mengamalkan keterangan saksi tetapi di sana Najib akan dikenakan soal balas yang panjang dan hebat.
“Di England, saman fitnah juga akan didengarkan di hadapan juri,” katanya.
Hadi memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London pada April susulan artikel yang ditulis Clare pada 6 Ogos tahun lepas.
Sarawak Report menaikkan artikel 8 perenggan yang mendakwa RM90 juta “dikatakan” dimasukkan ke dalam akaun pimpinan kanan PAS untuk memikat mereka menyokong Umno dan Barisan Nasional.
Clare, dalam pembelaan terhadap saman Hadi, berkata Hadi tidak dinamakan atau dikenalpasti dalam mana-mana kenyataan dalam artikel itu.
Editor Sarawak Report itu, yang memfailkan tuntutan balas bulan lepas, berkata Hadi mahu mecemarkan nama baik beliau dan Sarawak Report yang berkempen untuk menyingkir dan membawa Najib ke mahkamah untuk menjawab dakwaan rasuah dan kelakuan jenayah.
Dalam kertas mahkamah yang diliihat FMT, Clare berkata Hadi, sama ada secara sendiri atau ejen, terbabit dengan penerbitan beberapa siri artikel, yang mempunyai unsur perkauman, memfitnah dan mengganggu beliau di laman sesawang Third Force dan Malaysia Today.
Dalam dokumen itu, beliau mengaitkan Najib kepada skandal kewangan 1MDB, urusjanji kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pendakwaan liwat Anwar Ibrahim, rasuah dan politik wang pada pilihan raya umum 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: