Update Selesai segera 300,000 India tanpa kerakyatan, usah berspekulasi >> Berita Malay 18

Charles Santiago berkata isu itu gagal diselesaikan walaupun selepas 6 tahun kempen MyDaftar.
Charles-Santiago_pekerja_eis_india600
KUALA LUMPUR: Isu membabitkan 300,000 kaum India di negara ini yang tidak mempunyai kerakyatan bukan spekulasi pembangkang tetapi memerlukan penyelesaian segera, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.
Wakil rakyat DAP itu berkata isu itu masih gagal diselesaikan walaupun selepas 6 tahun kempen MyDaftar pada Februari 2011, dan MyDaftar Mega pada Jun 2017.
“Saya harap Najib berhenti kata jumlah 300,000 kaum India tanpa warganegara hanya spekulasi pembangkang, tapi beliau perlu fokus menyelesaikan masalah kes yang tertangguh itu,” katanya ketika sidang media di luar Dewan Rakyat hari ini.
Inisiatif MyDaftar dan MyDaftar Mega dilancarkan untuk menyelesaikan su dokumentasi yang dihadapi komuniti India di negara ini.
“Setelah 6 tahun, isu itu tidak menampakkan jalan penyelesaian kerana bagi setiap kaum India yang mendaftar, mungkin terdapat 3 lagi yang tidak berbuat demikian atas sebab tertentu,” katanya.
Semalam Najib dilaporkan berkata pembangkang menjaja kononnya terdapat kira-kira 300,000 kaum India di negara ini yang terabai dan teraniaya tanpa memiliki hak kerakyatan, dan ia terbukti tidak benar menerusi kempen MyDaftar Mega yang dilaksanakan kerajaan.
Beliau berkata dakwaan itu hanyalah pembohongan semata-mata memandangkan hanya kira-kira 2,500 saja permohonan diterima daripada kaum India yang tidak memiliki kerakyatan termasuk mereka yang lahir sebelum kemerdekaan serta kelahiran tidak didaftarkan.

Subscribe to receive free email updates: