Presiden Pas, Hadi Awang yang nama dan gambarnya sudah disebarkan secara meluas serta digembar-gemburkan akan hadir dalam Himpunan Solidariti Baitulmaqdis bersama Perdana Menteri, Najib Razak di Masjid Putra, Putrajaya selepas solat Jumaat hari ini, akhirnya tidak muncul dalam program tersebut.
Hadi sebaliknya hanya diwakili oleh anaknya, Khalil Hadi yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.
Dalam hal ini, agak menghairankan juga mengapa Hadi tidak mahu dirinya diwakilkan oleh Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan atau lain-lain penjawat kanan dalam Pas?
Mengapa mesti anaknya mewakili beliau, sedangkan yang hadir di pihak UMNO dan kerajaan ialah Najib, Zahid Hamidi dan beberapa menteri?
Yang lebih menarik, sudahlah Hadi tidak hadir, tiada seorang pun pemimpin Pas lain turut serta, malah ahli-ahli Pas juga boleh dikatakan tidak ramai yang hadir dalam himpunan tersebut.
Difahamkan ketidakhadiran Hadi hanya disebabkan beliau menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Jika berkhutbah di Masjid Rusila merupakan alasan ketidakhadiran Hadi, sedangkan perkara itu hampir setiap minggu dilakukannya, apakah tidak boleh beliau menguzurkan dirinya sekali-sekala demi untuk Palestin dan bagi menggembirakan hati Najib yang tentunya amat mengidamkan untuk duduk sepentas dengannya?
Tambahan lagi, ketika Zahid Hamidi mengumumkan kehadiran Presiden Pas itu bersama Najib dalam Himpunan Selamatkan Baitulmaqdis sejak lebih dua minggu lalu, sudah tentu persetujuan awal telah diperolehi daripada Presiden Pas itu.
Maka, bagaimanakah Hadi boleh tiba-tiba membuat keputusan tidak hadir?
Apakah beliau tidak menghormati persetujuan awal yang sudah diberinya sebelum ini?
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Rakyat Malaysia MALU, BOSSKU Raja Troll] TAHNIAH BOSSKU & Tunjukkan BN jalan keluar, PH berjuta kali lebih baik. >> Berita Malay 18Sabtu, 26 Januari 2019
Ambiga: Tunjukkan BN jalan keluar, PH berjuta kali lebih baik
Bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan m… Read More...
Update [Video 'Kerja Sampai Mati' Rakyat Terharu Kehadiran Tun Mahathir] TV Alhijrah ambil tindakan penyindir Najib. >> Berita Malay 18Sabtu, 26 Januari 2019
TV Alhijrah ambil tindakan penyindir Najib
Stesen TV Alhijrah akan mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitan… Read More...
Update 'Jika kami gagal, buanglah kami dan pilih semula BN' - Syed Saddiq >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup di… Read More...
Update Sungai Koyan masih belum dapat ditembusi... >> Berita Malay 18
Sepanjang siri kempen PH di Dun Sungai Koyan, himpunan bersama Dr Mahathir Mohamad yang diadakan di pekan Felda Sungai Koyan tengah hari… Read More...
Update Peguam Jawab Pengerusi SPR, Kuasa Tidak Sah >> Berita Malay 18
*BUZZE AZAM MENJAWAB KENYATAAN MEDIA PENGERUSI SPR*
Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
25 Januari 2019
(Jawapan saya dalam ‘CAPS LO… Read More...