Update BN pertahan harga tablet sekolah lebih mahal dibekalkan Utusan >> Berita Malay 18

Jurucakapnya berkata terdapat kos pelesenan dan penyelenggaraan untuk aplikasi Tutor Guru dan langganan Utusan ePaper yang menyebabkan bayaran lebih tinggi setiap tablet.
Eric-See-To-Steven-SimPETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mengecam DAP dan menuduh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim membuat dakwaan palsu tentang kontrak yang diberikan kepada syarikat yang menerbitkan akhbar harian milik Umno, Utusan Malaysia untuk membekalkan lebih 180,000 tabletkepada guru sekolah di seluruh negara.
Datuk Eric See-To dari Unit Komunikasi Strategik BN berkata Sim silap dalam mengatakan 182,712 unit tablet itu dibekalkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd dengan 2 kali ganda harga pasaran, kerana ia belum mengambil kira kos lain seperti langganan e-paper.
Sebelum ini, Sim berkata harga tablet yang dibekalkan oleh Utusan adalah pada purata RM832 sebuah, sedangkan tablet sama dijual di laman Lazada pada RM388.
Bagaimanapun, Eric berkata semakan menunjukkan kontrak yang diberikan kepada Utusan itu termasuk aplikasi Tutor Guru yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat itu.
Kos juga bertambah kerana langganan versi e-paper Utusan untuk dihantar kepada guru-guru atas talian setiap hari, katanya.
Langganan Utusan ePaper berharga RM180 setahun.
“Malahan, kos ini sudah pun dijelaskan di Parlimen pada November 2016 kepada YB Nurul Izzah,” kata Eric.
Eric berkata, mungkin juga terdapat komitmen lain dalam kontrak dengan Utusan itu, seperti logistik, talian bantuan atau penyelenggaraan.
“Jika Steven Sim mahu mengetahui kebenaran, beliau sepatutnya boleh ‘Google’ dan dapatkan jawapan.
“Ia hanya mengambil masa 5 saat untuk saya dapatkan maklumat ini. Mengapa Sim tidak dapat lakukan perkara sama atau adakah integritinya sebagai Ahli Parlimen tidak berbaloi walaupun hanya untuk 5 saat?”
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: