Update Fakulti Perubatan Kuin ‘lambang kegagalan’ Ahmad Bashah >> Berita Malay 18

Kelemahan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menguruskan sebuah fakulti perubatan yang berprestij,sekaligus melambangkan kegagalan sebuah kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Menteri Besar  Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Pengerusi AMANAH Negeri Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berpendapat, kegagalan Kuin itu sama seperti apa yang pernah dialami seramai 425 pelajar perubatan di Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze (AUCMS) di Kepala Batas, Pulau Pinang sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bermasalah dan terpaksa ditutup.
Fakulti Perubatan Kuin ‘lambang kegagalan’ Ahmad Bashah“Seramail 425 pelajar perubatan AUCMS menjadi mangsa dan terpaksa di tempatkan di enam IPT lain untuk meneruskan pengajian mereka.
“Kegagalan urustadbir kewangan telah di kenalpasti sebagai punca masalah yang utama,” ujarnya adalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai 106 penuntut Kuliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan Kolej Universiti Insaniah (Imsa) dan Permaufakatan Waris Pelajar Perubatan Kuliyyah Perubatan Kuin (Impa) memprotes tindakan pihak pengurusan Kuin mengubah program perubatan institusi pengajian itu kepada Cyberjaya University College Of Medical Science (CUCMS).
Dilaporkan juga Kuin tidak menyambung perkhidmatan sebahagian daripada 40 pensyarah kuliyah tersebut.
Menurut Dr Ismail lagi,sekali lagi rakyat dikejutkan dengan pelan untuk memindahkan seramai 106 penuntut Kuliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan Kuin kepada Cyberjaya University College Of Medical Science (CUCMS).
“Difahamkan pihak Pengurusan Kuin tidak mempunyai pilihan lain sekarang melainkan memindahkan 106 pelajar bersama dengan pensyarah mereka sekali ke CUCMS untuk menurunkan kos operasi.
“Menguruskan fakulti perubatan bukanlah mudah.Apatah lagi Kuin yang masih baru dalam fakulti ini,pengambilan pelajar perubatan yang dibenarkan adalah kecil jumlahnya manakala kos yang diperlukan pula untuk setiap pelajar adalah tinggi.
“Hanya dengan kewangan yang cukup dan pengurusan kewangan yang baik sahaja boleh memastikan fakulti perubatan berjalan dengan baik.
“Manakala Kuin pula telah dikenalpasti tidak mempunyai ciri-ciri itu.Kuin telah dilanda krisis pengurusan dan kewangan sejak sekian lama sehingga disatu peringkat gagal mencarum wajib Socso dan Kwsp selama beberapa tahun.
“Bukan sahaja tiada perubahan besar dalam menangani masalah ini tetapi nampaknya ia semakin buruk diakhir-akhir ini.
“Kemuncak kepada krisis ini adalah apabila Kuin terpaksa memindahkan bebanan kos operasi fakulti perubatan kepada CUCMS dan inilah yang disebutkan sebagai smart partnership oleh Exco pendidikan Negeri Kedah.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: