KUALA LUMPUR - Seorang wanita dipercayai dicabul semasa berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Mangsa, 20 yang juga penuntut politeknik mendakwa bahawa dia telah dicabul oleh seorang lelaki sewaktu menaiki eskulator di stesen terbabit pada jam 7.50 petang.
Pihak polis menerima laporan daripada mangsa yang memaklumkan kejadian jam 10.20 malam pada hari yang sama, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah.
"Pengadu mendakwa semasa berada di eskulator, dia telah disentuh di bahagian kemaluan oleh seorang lelaki dan suspek terus bergerak melarikan diri.
"Namun difahamkan rakan pengadu dikatakan sempat merakamkan gambar suspek.
"Ekoran dari kejadian, pihak polis sudah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak pengurusan stesen LRT terbabit bagi siasatan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan.
Kejadian tersebut turut tular di laman media sosial apabila mangsa dan rakan memuat naik status mengenai kejadian itu di laman twitter serta memaklumkan kepada pihak Prasarana Malaysia Berhad.
Kes dirujuk kepada Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak bagi tindakan lanjut untuk mengenal pasti dan mengesan suspek. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
Related Posts :
Update Apabila Zuraidah Mak Lampir Terlupa Beliau Pernah Menyebut 'Pandikutty' >> Berita Malay 18
Pada 08/11/2017, Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Zakaria yang dipanggil 'Mak Lampir' oleh netizen, ketika bertanya soalan kepada Menteri K… Read More...
Update [Video Ramai Pemuda PAS Kini Lompat Masuk AMANAH] Erk! Razman makan durian selepas diperintah bayar RM200,000 (masih ada selera?) & Satu lagi saman fitnah menanti (Razman) Bendahari Pas Pusat >> Berita Malay 18Ahad, 12 November 2017
Keratan akhbar fitnah Razman terhadap Nizar pada 2015.
Hanya beberapa jam selepas diperintah membayar RM200,000… Read More...
Update [ROMPIN] HANYUT HINGGA KE PULAU JEMAJA, INDONESIA >> Berita Malay 18
Dua pemandu bot pelancong yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Rompin ke Pulau Tioman 8 November lalu, ditemui sela… Read More...
Update [ROMPIN] HANYUT HINGGA KE PULAU JEMAJA, INDONESIA >> Berita Malay 18
Dua pemandu bot pelancong yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Rompin ke Pulau Tioman 8 November lalu, ditemui sela… Read More...
Update [Video Duit EPF, SOCSO, KWAP, Tabung Haji Habis Najib Tibai] 'Kesalahan menggoda wanita sudah berkahwin' Skandal Ketua Pengarah SPRM: Sikap membisu mufti, Hadi ‘aneh’ >> Berita Malay 18Ahad, 12 November 2017
Skandal Ketua Pengarah SPRM: Sikap membisu mufti, Hadi ‘aneh’
Sikap banyak pihak dalam institusi agama yang membi… Read More...