Laporan bertajuk "The Power of Protection: Facing the future" mendapati, 57% daripada ibu bapa di Malaysia dengan anak-anak berumur 18 tahun membantu kebanyakannya dalam bidang pendidikan (69% ibu bapa), kos kehidupan harian (41%), perubatan dan pergigian (38%), kos sewa atau penginapan (27%) dan percutian (29%).
Di peringkat global, Emiriah Arab Bersatu menjadi negara berperatusan tertinggi ibu bapa yang menyara anak-anak mereka yang sudah dewasa.
Dalam laporannya, HSBC berkata ini ada kesan buruknya, kerana ia bermakna ibu bapa menghabiskan purata 33% daripada pendapatan boleh guna mereka ke atas anak-anak dewasa serta kurang berbelanja untuk diri sendiri atau menyimpan untuk persaraan.
HSBC mendapati, 67% ibu bapa akan mengutamakan pendidikan tinggi anak-anak melebihi persaraan mereka, sementara 30% mengeluarkan simpanan untuk menampung seorang anak dewasa dan 17% lagi banyak berhutang.
"Sebilangan kecil ibu bapa mengatakan anak-anak mereka yang sudah dewasa tidak dapat mengurus diri dari segi kewangan sekiranya mereka sakit atau hilang upaya (22%), jika mereka kurangkan wang saraan (16%) atau jika mereka tidak boleh bekerja (16%)," kata HSBC seperti dipetik oleh The Edge.
"Namun, 54% daripada ibu bapa yang menampung anak-anak mereka tidak mempunyai insurans yang akan memberi mereka pampasan sekiranya mereka mengalami penyakit atau kemalangan serius yang menghalang mereka untuk bekerja, dan 52% tidak mempunyai insurans nyawa," kata HSBC.