KEBANYAKAN rakyat Malaysia terus berhati-hati dengan keadaan ekonomi negara walaupun terdapat petunjuk positif, menurut firma penyelidikan pasaran global, Nielsen.

Dalam kenyataan hari ini, katanya ramai rakyat Malaysia masih percaya negara sedang mengalami kemelesetan, menunjukkan kesan daripada ekonomi yang bertambah baik masih belum dirasai sepenuhnya.
Kaji Selidik Global Keyakinan Pengguna dan Hasrat Perbelanjaan Nielsen yang terkini menunjukkan pada suku ketiga 2017, tahap keyakinan pengguna terhadap Malaysia mencatatkan skor indeks sebanyak 93 mata peratusan (pp), susut satu mata berbanding pada suku kedua.
Pengarah Urusan Nielsen Malaysia, Raphael Pereda berkata walaupun angka tersebut di bawah paras neutral, ia kekal pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun.
Beliau berkata walaupun tiada indeks prestasi utama ekonomi menunjukkan negara dalam kemelesetan, pengguna masih mempunyai pandangan yang tidak yakin dengan keadaan semasa dan masa depan negara.
Pereda berkata ekonomi Malaysia terus menunjukkan tanda-tanda kukuh bagi pertumbuhan positif, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2% pada suku ketiga.
“Sentimen lebih tinggi dilihat sejak beberapa suku tahun yang lepas, selain peningkatan yang berterusan dalam KPI yang turut membawa kepada pertumbuhan pada suku pertama dalam kategori Barangan Pengguna Laris,” katanya.
Related Posts :
Update AirAsia lantik pelakon cantik Indonesia sebagai pengarah >> Berita Malay 18
Pelakon dan model popular Indonesia, Raline Shah dilantik sebagai pengarah baru syarikat penerbangan kos murah AirAsia Indonesia.
Beri… Read More...
Update PAS CARI PENYELESAIAN BUKAN 'FITNAH DULU, BAYAR KEMUDIAN' >> Berita Malay 18
Keputusan PAS bersetuju dengan pelan rasionalisasi 1MDB mendatangkan rasa tidak senang ahli Pakatan Harapan terutama daripada Naib Presi… Read More...
Update Elizabeth Tan Mengaku Nyaris Bunuh Diri, Alami Tekanan Jiwa. >> Berita Malay 18
Penyanyi Elizabeth Tan yang mesra dengan panggilan Lizzy, 23, berkata, nyaris membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa beberapa bulan ya… Read More...