Update Hanya pendakwaan jalan penyelesaian skandal Felda >> Berita Malay 18


MELAKA - Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tiada jalan penyelesaian bagi kes kehilangan tanah Felda selagi tiada sebarang pendakwaan dikenakan terhadap dalang dan perancang utama.
Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga harus memberikan jaminan, tiada sebarang campur tangan politik berhubung perkara itu.
"Kehilangan tanah Felda di Jalan Semarak adalah satu rompakan yang berlaku di depan mata.
"Malang buat Felda kerana orang yang dijemput sebagai tetamu masuk ke dalam rumahnya dengan memberikan segala kepercayaan kepada tetamunya akhirnya membiarkan rumahnya tergadai akibat dicuri oleh tetamunya.
"Saya ingin mengajukan beberapa persoalan, adakah terdapat kelulusan ahli lembaga badan pengarah Felda Investment Corporation (FIC) ke atas pindah milik tanah Felda tersebut sehinggakan (Pengerusinya, Tan Sri) Shahrir Samad sendiri terpegun?
"Kepada Shahrir Samad pula, adakah beliau terpegun kerana baru sedar tanah telah dicuri selepas 349 hari dilantik menjadi Pengerusi Felda?," katanya.
Shamsul berkata, beliau amat mengalu-alukan komitmen pihak polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat ‘kehilangan’ tanah milik Felda di Jalan Semarak yang telah dipindah milik kepada syarikat pemaju.
"Perdana Menteri Najib Razak tempoh hari juga telah memberikan jaminan siasatan menyeluruh akan dijalankan sekiranya terdapat kecuaian atau salah laku oleh mereka yang terbabit.
"Bagaimanapun, beberapa siri siasatan dijalankan terhadap penyelewengan ke atas institusi Felda sering berakhir dengan tiada tindakan susulan diambil selepas siasatan dijalankan.
"Masih segar di ingatan rakyat Malaysia terutamanya peneroka Felda melihat Isa Samad tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang selepas disiasat berhubung dengan penyelewengan pembelian hotel oleh Felda," tegasnya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :