Bagaimanapun, ia akan dilakukan tanpa memanggil bekas pengerusi Felda, Isa Samad atau mana-mana individu berkaitan, kata Timbalan Menteri di JPM, Razali Ibrahim sebagaimana dilaporkan Berita Harian.
Katanya, audit forensik mengenai skandal tersebut juga bakal disiapkan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari depan.
“JPM akan membuat audit (pengauditan forensik) dan bukannya Felda. Tempoh sebulan (ditetapkan) bagi menyempurnakan audit itu,” katanya.
Bagaimanapun, empat hari lalu Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki mengatakan tiada unsur rasuah dalam penjualan tanah di Jalan Semarak itu.
Pengerusi Felda, Shahrir Abdul Samad juga dilaporkan berkata pihaknya bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanah agensi itu termasuk membuat laporan polis pada 12 Disember lalu.
Sementara itu, Razali berkata akan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat termasuk memanggil mana- mana individu berkaitan.
“Kita (kerajaan dan Felda) akan beri kerjasama sepenuhnya kepada polis,” katanya.