Update Isteri IGP meninggal dunia >> Berita Malay 18

Isteri Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, malam ini.

Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang mendapat rawatan di PPUM akibat sakit kanser meninggal dunia pada jam 7.02 malam.
Perkara itu disahkan oleh jurucakap polis di Unit Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman malam ini.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor malam ini sebelum di bawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, Perak untuk urusan pengebumian pada jam 9 pagi esok.

-Bernama

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :