Beliau berkata bukan saja PH masih tidak dapat menjelaskan bagaimana polisi mereka dapat dibiayai, malah menyebabkan penambahan kenderaan di atas jalanraya ketika usaha sedang ditingkatkan untuk menangani fenomena perubahan iklim yang melanda dunia ketika ini.
Najib berkata kerajaan persekutuan setakat ini berjaya menjalankan polisi yang boleh mengurangkan pengeluaran karbon dioksida kini sehingga 45% pada 2030, berbeza dengan janji manis kosong pembangang yang tidak mempedulikan alam sekitar.
“Usaha kami dalam perkara ini membuahkan hasil. Sebelum ini kami telah berikrar untuk mengurangkan pengeluaran CO2 sehingga 40% menjelang 2020 berdasarkan perkiraan pada 2005. Dan pada 2015, kita telah berjaya mengurangkan 33% - jadi anda boleh lihat kita dalam jalan yang betul.
“Kita turut menyasarkan untuk mencapai pengurangan sehingga 45% pada 2030, dan mencapai karbon neutral pada 2050 - bukti komitmen kita terhadap anak muda dan generasi masa depan.
“Ini komitmen sebenar, bukan janji murahan – seperti mana yang mungkin kamu dengar daripada ahli politik yang menjanjikan pengurangan tol dan penambahan subsidi minyak,” kata beliau.
Tahun lalu, Najib mengumumkan kerajaan kini membiayai sebanyak 200 projek teknologi hijau di seluruh negara melibatkan kos sebanyak RM2.6 bilion, bukti komitmen negara dalam usaha mengurangkan masalah perubahan cuaca.
Read More / Baca Lagi >>