Beliau yang juga merupakan Naib Pengerusi AMANAH Johor mendakwa, kini terdapat nama-nama pengundi yang telah dipindahkan keluar dari kawasan tempat undi yang asal dan terdapat juga undi pos yang wujud walaupun kem tentera masih dalam pembangunan.
“Rakyat perlu berhati-hati dengan isu perpindahan pengundi dan undi pos. Isu ini akan digunakan untuk ‘survival’ politik Umno,” Suhaizan Kaiat ketika berucap di Majlis Makan Malam anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tebrau, Johor 1 Disember lalu.
Dalam hal ini tegas Suhaizan, rakyat perlu memberi sokongan yang sangat besar. Hanya gelombang yang sangat besar mampu menutup penipuan pilihan raya.
Adun Pengkalan Rinting, YB Cheo Yee How dari DAP turut sependapat dengan Suhaizan Kaiat dan beliau berkata, Umno hanya mahu menipu.
“Mereka (Umno) hanya mampu tipu rakyat sahaja dan bukan mahu menolong rakyat dalam kesusahan atas kesempitan hidup. Kerajaan hanya mahukan kuasa bukan mahu memikul tanggunjawab membantu rakyat.
“Seperti apa yang terjadi dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Johor, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hanya pandai menabur janji tetapi ia sekadar retorik.
Program Makan Malam itu turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi kawasan dan negeri dari kesemua parti komponen Pakatan Harapan (PH) serta ribuan pembeli meja dalam program tersebut.
Program Makan Malam itu turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi kawasan dan negeri dari kesemua parti komponen Pakatan Harapan (PH) serta turut dibanjiri ribuan pembeli meja dalam program tersebut.