Update Kenyataan Malabari boleh makan diri Umno >> Berita Malay 18

Pensyarah UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, parti pemerintah memerlukan semua undi yang boleh diperolehinya dan tidak mampu kehilangan undi masyarakat 'mamak'.
Kamarul-Zaman-Yusoff_mahathir_600
Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) memberi amaran kepada Umno untuk mengelakkan serangan peribadi ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad seperti merujuknya sebagai “mamak Malabari” kerana tindakan itu boleh menjejaskan kedudukan Umno.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia di UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, mungkin sesetengah orang Melayu menganggap kenyataan itu kelakar, tetapi masyarakat “mamak” berpengaruh kerana mempunyai rangkaian kuat di seluruh negara, termasuk melalui “restoran mamak” di merata tempat.
“Sudah tentu, masyarakat itu mungkin simpati dengan salah seorang daripada orang sendiri seperti Mahathir ketika beliau diserang.
“Jika mereka memboikot Umno, parti itu mungkin kehilangan sejumlah besar undi dan dengan saingan sengit antara pembangkang dan Barisan Nasional, setiap undi itu penting,” katanya kepada FMT sambil menambah isu perkauman amat sensitif kerana ia boleh membangkitkan sentimen kuat.
“Mamak” ialah istilah biasa yang digunakan untuk merujuk latar belakang orang berlatar belakang India-Muslim selatan di Malaysia dan Singapura.
Kamarul turut mengkritik Datuk Seri Najib Razak dengan berkata, perdana menteri bertindak melulu dalam memperbesarkan apa yang mungkin berlaku jika Umno dan BN kehilangan kuasa di negara ini.
“Dengan memberi tanggapan Umno tidak lagi boleh mengadakan perhimpunannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) atau membaca salawat jika Pakatan Harapan berkuasa, adalah tidak masuk akal.”
Beliau bagaimanapun mendapati Najib amat berhati-hati dalam tidak membahayakan rayuan Umno dan BN kepada pengundi bukan Melayu dengan cuba menjadi lebih inklusif dan tidak membangkitkan isu sensitif.
“Kamu tidak boleh bergantung kepada cara menghina atau memusnahkan lawan untuk menang kerana kemenangan sebenar berdasarkan kekuatan dan tarikan sendiri.”
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :