Update Kim Jong Un Kutuk Trump, Jadi Idola Di Gaza. >> Berita Malay 18


Salah seorang pemimpin dunia yang bukan islam, Kim Jong Un adalah salah seorang pemimpin yang paling lantang melawan Amerika Syarikat (AS) pada 6 Disember lalu yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota baharu Israel.

Seorang pemilik di Restoran Raaba di kem pelarian Jabalia dikatakan menggantung kain dengan mesej berkata, "Tawaran potongan harga 80 peratus bagi pelanggan dari Korea Utara sebagai penghargaan sokongan teguh pemimpin Jong Un terhadap Palestin.

Namun kemungkinan besar si pemilik premis makanan berkenaan, Salim Rabaa, dikatakan tidak akan dapat meski seorang pun pelanggan yang berasal dari Korea Utara dalam waktu terdekat ini ketika konflik dengan Israel makin panas.

Dan mustahil juga untuk ada seorang warga Korea Utara yang berada di Gaza pada masa ini atau penduduk palestin sendiri yang kemungkinan memegang pasport negara rantau Asia Timur berkenaan.

Jelas Salim, "saya tahu memang tidak akan ada rakyat Korea Utara di kawasan Gaza, tetapi inilah yang setidak-tidaknya dapat saya tawarkan kepada mereka sebagai bentuk rasa terima kasih."

Dalam pada itu, beliau juga ada memasang beberapa gambar Kim Jong Un di restoran berkenaan. Tindakan Salim ini kemudiannya menjadi perbincangan hangat dalam kalangan ramai penduduk dan pelanggan premis tersebut sendiri.

Kata salah seorang pelanggan, "saya mencintai Kim Jong Un kerana dia berdiri menentang pihak AS," manakala seorang lagi menambah, "saya akan menemui dan bersalaman dengan warga Korea Utara jika mereka muncul di sini."

Difahamkan, Jong Un dilaporkan media antarabangsa menggelarkan Trump sebagai 'orang tua' serta menyelar keputusannya terhadap status Baitulmaqdis sebagai satu langkah pencerobohan hak kedaulatan Palestin dan jelas berniat jahat.

Dikatakan bahawa rejim Israel merampas bahagian timur Baitulmaqdis selepas menang dalam Perang Enam Hari 1967 dan kemudian mewartakan secara haram seluruh bandar purba itu sebagai ibu kota Yahudi daripada pentadbiran Palestin.

Tetapi tindakan Israel itu tidak diperakui oleh masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa bersatu, sementara Palestin dikatakan masih lagi menganggap baitulmaqdis sebagai ibu kota masa depan negara tersebut.

Dan difahamkan untuk memasuki Baitulmaqdis, warga Gaza perlu mendapatkan keizinan rasmi daripada pihak berkuasa Israel yang sudah mengepung wilayah Plaestin itu selama lebih satu dekad. Sumber: Mynewshub.cc. Editor: Atila Atasha


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :