Update MB Terengganu perlu jelaskan kejatuhan teruk harga saham TDM Berhad >> Berita Malay 18


Pemuda AMANAH Negeri Terengganu mendesak kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberi penjelasan segera terhadap kemerosotan harga saham TDM Berhad.
MB Terengganu perlu jelaskan kejatuhan teruk harga saham TDM BerhadMenurut Exco Hal Ekonomi Pemuda AMANAH Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, TDM berhad yang merupakan syarikat pelaburan milik kerajaan Negeri Terengganu telah mengalami kemerosotan harga saham sejak Februari lalu.
“Pada 13.2,2017 harga saham TDM diniagakan pada 73 sen sesaham berbanding pada hari ini 26.12.2017 saham TDM diniagakan pada 45 sen selepas dagangan tengah hari. TDM Berhad merupakan syarikat yang didagangkan di papan utama Bursa Malaysia.
“Ini menunjukkan penurunan sebanyak 38 peratus dalam 10 bulan. Penurunan yang boleh dianggap drastik ini akan menjejaskan prestasi syarikat sekaligus akan menghilangkan keyakinan para pelabur,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Justeru katanya, pihak Pemuda Amanah Terengganu meminta satu penjelasan yang telus dari pihak pentadbiran kerajaan negeri Terengganu mengenai situasi semasa prestasi kewangan TDM Berhad.
“TDM Berhad merupakan antara syarikat milik kerajaan negeri Terengganu yang strategik, rakyat Terengganu berhak untuk mengetahui prestasi semasa TDM Berhad.
“Pemuda AMANAH Terengganu menegaskan setiap aset kerajaan negeri Terengganu mesti sentiasa dipelihara dan dikembangkan untuk manfaat rakyat negeri Terengganu keseluruhannya,” katanya lagi.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :