Rais Hussin berkata pelantikan ke jawatan penting harus berdasarkan merit, kemahiran, pengetahuan dan kebolehan seseorang melaksanakan tugas.
Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Rais Hussin berkata berkata pelantikan ke jawatan penting harus berdasarkan merit, kemahiran, pengetahuan dan kebolehan seseorang melaksanakan tugas.
Jawatan penting itu termasuk kewangan dan gabenor Bank Negara Malaysia, katanya.
“Pandangan orang bukan Islam di negara kita penting dan keupayaan mereka membuat keputusan untuk diri mereka adalah kritikal untuk mewujudkan keharmonian.
“Kita memerlukan pemahaman yang lebih baik tentang pandangan masing-masing dan pada masa yang sama menghargai kepelbagaian yang kita ada ke arah membina negara yang makmur.
“Rasisme dan prasangka sering berakar umbi dalam ketakutan kehilangan kawalan,” katanya apabila ditanya sama ada dasar partinya berbeza dengan cadangan presiden PAS.
Rais bagaimanapun setuju bahawa tidak realistik untuk menjangkakan bukan Islam menjadi perdana menteri Malaysia.
“Ia seperti menjangkakan orang Islam menjadi presiden Amerika Syarikat.”
Hadi dalam sebuah artikel minggu lalu mencadangkan orang bukan Islam boleh memegang jawatan dalam Kabinet tetapi hanya dalam peranan sebagai teknokrat dan bukan jawatan yang membuat keputusan.
“Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep. Maka, Islam menerima kedudukan bukan Islam melalui pilihan raya atau konsep kerajaan teknokrat,” kata Hadi.
Naib Presiden Amanah Datuk Mujahid Yusof Rawa pula berkata tidak timbul isu sama ada orang bukan Islam boleh atau tidak dilantik ke jawatan kanan yang membuat keputusan.
Read More / Baca Lagi >>