Update Pendapatan kononnya meningkat tapi penerima BR1M bertambah >> Berita Malay 18



Walaupun Datuk Seri Najib Razak mendakwa pendapatan kasar bulanan isi rumah Bumiputera meningkat dengan banyak sejak beliau menjadi Perdana Menteri tetapi jumlah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga bertambah dalam tempoh lima tahun pelaksanaannya.
Pendapatan kononnya meningkat tapi penerima BR1M bertambahAngka penerima bantuan wang tunai sekali beri itu meningkat kepada 7 juta orang dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion berbanding 4.1 juta penerima ketika mula diperkenalkan pada 2012.
Bagi BR1M 2017 berjumlah RM5.41 bilion, sebanyak 6,320,769 orang menerimanya dengan paling ramai memperoleh bantuan RM1,200 iaitu seramai 3,242,048 isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Seramai 2,786,803 penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah manakala bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000.
Dari segi umur, kumpulan penerima tertinggi adalah daripada golongan 21 hingga 30 tahun serta yang berumur 61 tahun dan ke atas.
Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani pernah dilapor mendedahkan Selangor menjadi negeri tertinggi penerima BR1M dari 2014 sehingga 2016 diikuti Johor dan Sarawak.
Permohonan BR1M setakat suku tahun pertama tahun ini pula meningkat kepada hampir 8.3 juta orang berbanding 7.2 juta pada 2016 sekali gus menggambarkan situasi ekonomi rata-rata rakyat negara ini.
Semakan Malaysia Dateline juga mendapati program itu gagal meningkatkan kualiti kehidupan rakyat miskin apabila 38 peratus daripada lebih 18 juta rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas masih dibelenggu kemiskinan.
Inisiatif pemberian wang tunai kepada kumpulan berpendapatan rendah yang membentuk suku populasi Malaysia itu juga dinaikkan dan diluaskan kategori penerimanya selama lima tahun berturut-turut.
Hanya pada pembentangan Bajet 2018, langkah itu tidak dilakukan dengan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah kekal menerima kadar maksimum RM1,200 mulai tahun hadapan seperti pada 2017.
Bagi isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 pula mendapat RM900 manakala individu berpendapatan RM2,000 ke bawah masih memperoleh RM450.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :