Di sebalik Felda sudah kehilangan hak milik tanahnya di Jalan Semarak kepada sebuah syarikat swasta secara percuma gara-gara diberikan "surat kuasa penuh" oleh agensi tersebut, dua persoalan kini menjadi tanda-tanya ramai.
Pelbagai khabar berlegar mengenainya, antaranya mengatakan ia adalah dengan kehendak Pengerusi Felda ketika iaitu Isa Samad dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah dengan tujuan agar syarikat yang memajukan Kuala Lumpur Vertical City itu tidak menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman dengan mencagarkan tanah yang sedang dimajukan itu kepada bank.
Ada juga yang mengatakan Isa hanya sebagai pelaksana semata-mata dan beliau dikatakan tidak mungkin berani melakukannya secara sendirian.
Dalam hal ini, difahamkan "surat kuasa penuh" itu ditandatangani oleh seseorang yang penting dalam Felda ketika itu di mana individu berkenaan juga ada terbabit dalam satu kes lain di mahkamah sekarang ini.
Soalnya, adakah tanah ini sudah dicagarkan kepada mana-mana bank dan Najib tidak tahu-menahu langsung mengenai "surat kuasa penuh" itu, sedangkan wakil JPM dan Kementerian Kewangan ada dalam Lembaga Pengarah Felda?
Jika sudah dicagarkan, mungkin ada beberapa kesukaran untuk Felda mendapatkan semula tanah itu berbanding sekiranya ia belum dicagarkan lagi.
Kedua, siapakah pemilik syarikat tersebut?
Meksipun di media sosial nama individu yang didakwa pemilik syarikat tersebut sudah tersebar luas, pertanyaan lain ialah sama ada beliau kawan kepada Isa Samad atau kenalan Najib Razak?
Read More / Baca Lagi >>