SARAWAK - Seorang lelaki ditahan polis semalam selepas dipercayai membunuh teman wanita yang mayatnya ditemui diikat dalam guni di Sungai Kampung Pulau Melayu, Miri, Sarawak, pada Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi, suspek yang berusia 25 tahun ditahan di Pusat Komersial Pelita, Miri oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.
Suspek dipercayai membunuh mangsa berusia 52 tahun yang juga merupakan ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar.
Difahamkan , motif kejadian adalah disebabkan hutang dan pihak polis percaya suspek membunuh mangsa dalam Proton Iswara yang dirampas daripada suspek namun siasatan masih dijalankan,.
Laporan kehilangan mangsa telah pun dibuat di Balai Polis Mukah pada 3 Disember lalu oleh ahli keluarga mangsa, jelas beliau lagi.
Daripada hasil pengecaman yang dilakukan oleh ahli keluarga terhadap pakaian yang dipakai mangsa ketika mayat tersebut dijumpai juga positif.
Katanya, "suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."
Terdahulu, pada Sabtu lalu, mayat seorang wanita ditemui hanyut dalam keadaan diikat dan disumbat ke dalam guni di Sungai Kampung Pulau Melayu oleh nelayan, kira-kira jam 6.30 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak polis. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha.
Related Posts :
Update Laporan: Hanya 6 daripada 60 menteri, timbalan undi RUU KPDNKK >> Berita Malay 18
FMT Reporters
| November 23, 2017
Bagi pihak pembangkang, hanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hadir manakala pemimpin tertinggi… Read More...
Update Koleksi Semua Jawapan Untuk Kursus i-Think Secara Luar Talian (KiLT) >> Berita Malay 18
Seperti mana yang guru-guru telah dimaklumkan, Kursus i-Think Secara Luar Talian (KiLT) telah diaktifkan bagi menyambung kursus kaedah on… Read More...
Update [Video Dr Rozaimi: Pesanan Untuk Ustaz2 & Cerita Panas Jabatan Agama Islam Perlis Serbu MATIN] Bagaimana Najib nak pertahankan Hadi daripada dakwaan Arab Saudi? Apa pilihan Najib? >> Berita Malay 18Jumaat, 24 November 2017
BAGAIMANA NAJIB NAK PERTAHAN HADI DARIPADA DAKWAAN ARAB SAUDI?
Walaupun agak terlewat, tetapi sebagai rakan b… Read More...
Update [Video Protes, desak kembalikan Subsidi Minyak] Ipoh, Seremban sudah & Kini GERTAK merebak ke Johor pula...Najib janji subsidi minyak? HA2.6X! Kerajaan UmnoBN tak tahu tangani isu harga minyak’. >> Berita Malay 18Jumaat, 23 November 2017
GERTAK - Gerakan Turunkan Harga Minyak di Ulu Tiram, Tebrau Johor.
Terus Protes, desak kembalikan Subsidi Minya… Read More...
Update [Video DR ASRI & ABDULLAH IRAQI-5 Tahun Kemudiannya Gejala Yg Dirisau Memang Berkembang..Ya Hanana & Penyakit TAKFIRI] Harga minyak turun paling banyak selepas protes berhujan, diganggu DBKL. >> Berita Malay 18Jumaat, 24 November 2017
Harga minyak turun paling banyak selepas protes berhujan, diganggu DBKL
Aksi protes 42jam Pemuda PH menyaksik… Read More...