Presidennya Mazlan Aliman berkata, SPRM membuat pemantauan cukup rapi terhadap isu yang membelenggu Felda membabitkan anak-anak syarikatnya sehingga meletakkan pegawai-pegawainya di kawasan Felda.
Bagaimanapun dalam isu membabitkan tanah Felda di Jalan Semarak ia telah dikenalpasti berlaku penyelewengan sejak 2014 lagi ketika Tan Sri Isa Samad menerajui Felda dan dua lagi anak syarikat iaitu Felda Investment Corporation dan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV).
“Apa yang dikaitkan antara tempoh 2012 hingga 2016 sewaktu Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad yang memegang tiga jawatan utama entiti felda ini.
“Dalam tempoh 4 tahun itu sejauh mana pemantauan dilakukan SPRM sehingga SPRM buat beberapa tangkapan dan penahan beberapa individu dalam beberapa isu membabit Felda, tetapi sejauh mana pula ia berjaya ditangani?
“Sebaliknya dulu telah dibangkitkan (Jalan Semarak) tetapi sejauh mana ia ditangani sehingga hari ini sudah terlewat baru proses nak dijalankan.
“Isu Jalan Semarak mengapa begitu cepat SPRM membuat kesimpulan tidak ada unsur rasuah. Sepatutnya SPRM harus buat siasatan terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media diadakan di perkarangan ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Sebelum itu wakil Anak dan Pemuda Pakatan Harapan menghantar memorandum untuk menggesa SPRM meneruskan siasatan skandal tanah Felda di Jalan Semarak Kuala Lumpur.
Memorandum itu telah disampaikan kepada Penolong Penguasa Bahagian Aduan SPRM Idros Nazri di ibupejabat SPRM ,Putrajaya.
Wakil Anak dan Pemuda Pakatan Harapan ketika hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya hari ini.
Dakwanya lagi, terdapat 12 lagi pelaburan FIC yang mencurigakan dan menimbulkan kontorversi dikalangan warga Felda yang masih belum terbongkar.
“Tanah Felda Jalan semarak sebahagian sahaja daripada FIC ada 12 pelaburan berbilion ringgit masih kontroversi belum lagi didedahkan antaranya projek terbengkalai pembinaan rumah kedua generasi Felda.
Read More / Baca Lagi >>