Update Tergamak 'ratah' anak sendiri 22 tahun >> Berita Malay 18

Tergamak 'ratah' anak sendiri 22 tahun
Bulacio (kiri) ketika dihadapkan ke mahkamah.
ARGENTINA - AMERIKA SELATAN. Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun 8 bulan selepas didapati bersalah menodai anak kandungnya sendiri.

Lebih menyedihkan, perbuatan terkutuk itu diulang berkali-kali sejak 22 tahun lalu sehingga mangsa melahirkan lapan anak.
Domingo Bulacio, 57, tidak menunjukkan sebarang emosi ketika hukuman dijatuhkan di mahkamah Santiago del Estero, Rabu lalu.
Bulacio yang dikenali dengan nama panggilan Vernacho dilapor berada dalam tahanan polis sejak Januari tahun lalu.

Bulacio melarikan diri dari rumahnya di Villa Balnearia selepas mangsa, Antonia Bulacio memutuskan untuk melaporkan perbuatan terkutuk bapanya.
Mangsa mendakwa ayahnya telah menjadikan dia sebagai pelampias nafsu sejak dia berumur 11 tahun, selepas ibunya meninggalkan rumah.

"Sejak ibu saya meninggalkan rumah, saya menjadi 'isteri' ayah saya, dia selalu mengugut untuk membunuh saya jika saya berkata apa-apa.
"Dia akan memukul saya jika dia melihat saya berbual dengan jiran atau apabila ingin ‘tidur’ bersama.
Menurut mangsa, dia juga menerima ancaman bunuh beberapa saudara sebelah bapanya selepas melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

"Saya takut akan keselamatan saya dan anak-anak saya.
"Saya kini menerima ancaman dari saudara pihak ayah saya untuk menarik balik aduan saya terhadapnya," katanya lagi.
Bulocia dijatuhi hukuman selepas keputusan DNA mengesahkan dia sebagai bapa kandung kepada anak-anak itu.
Sinar Harian

Subscribe to receive free email updates: