KAMI telah beberapa kali mengingatkan parti-parti politik agar tidak menggunakan sentimen perkauman dalam ucapan dan kempen politik mereka.
Ini adalah taktik lama berkempen yang telah digunapakai sejak lebih daripada 50 tahun yang lalu.
Taktik sedemikian boleh memecahbelahkan, menimbulkan kebencian melulu dan mengakibatkan perasaan terluka yang amat dalam. Agak sukar untuk dipulihkan. Ia berkesan kerana masyarakat kita belum mencapai tahap kemakmuran (affluence) yang diharapkan dan kurang dinamik.

Kita rakyat Malaysia mesti menolak taktik kotor berkempen yang memecahbelahkan ini dan menguburkannya ke dalam lipatan sejarah zaman ‘
jurassic’ untuk selama-lamanya.
Adalah sama sekali tidak perlu mengapi-apikan sentimen perkauman dengan menyebut ‘Cina DAP’.
Silakan serang lawan politik anda dengan membangkitkan isu-isu dan menamakan parti-parti politik berkenaan.
Kami tidak mendengar mana-mana pihak yang menyebut 'Melayu Umno', 'Cina MCA', 'India MIC' atau 'Kadazan PBS'. Hanya nama parti yang disebutkan dan begitulah yang sepatutnya.
Bagaimanapun, apabila ia berkaitan dengan DAP, etnik perlu dikaitkan dengan parti ini. Ini adalah cara yang tidak bertamadun, kurang matang dan tidak berpendidikan (yang sering digunakan semasa menyampaikan ucapan dan semasa berkempen).
Masyarakat kita kini terdesak untuk bersatu dan membina semula negara. Sumber manusia adalah penting. Setiap warganegara harus merasakan bahawa diri mereka penting, diperlukan, dan diterapkan semangat kekitaan dan cinta kepada Raja dan negara.
Umno, tolonglah arahkan ahli-ahli parti anda supaya menjadi lebih dewasa dan berfikir secara matang sebagai RAKYAT MALAYSIA.
Related Posts :
Update Untung, rugi PPSMI diberi nyawa baru >> Berita Malay 18Untung, rugi PPSMI diberi nyawa baru: TINJAUAN | Ada banyak perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan bagi memastikan penguasaan bah… Read More...
Update [KUANTAN] TITAH DIRAJA - KESUCIAN AGAMA ISLAM DIJUNJUNG >> Berita Malay 18
KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, bertitah supaya gejala pemahaman Isla… Read More...
Update PAHANG SEMAKIN MAKMUR BUKAN BANGKRAP SEPERTI DIJANGKA PEMBANGKANG >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Kes 1MDB, perbicaraan Najib, Arul bermula Nov ini] Bila Najib masuk kandang mahkamah & dibicara baru tahu 1 juta saham SRC dipegang Menteri Kewangan! Kenapa selepas PH jadik kerajaan baru kita tahu penyelewengan & rompakan duit Khazanah, Felda, Tabung Haji, LTAT, KWAP, KWSP, PNB, dan dan etc. >> Berita Malay 18Selasa, 16 April 2019
KiniTV
Perbicaraan Najib Razak dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengenai dakwaan mereka "meminda" laporan audit… Read More...
Update Muat Turun Template Pelaporan PBD Tahun 1, 2 & 3 2019 >> Berita Malay 18
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (BPK) telah memuat naik Template pelaporan bagi Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun … Read More...