Update 4 Gambar Silikon Tertonjol, Hajat Wanita Ini Berhidung Mancung Musnah. >> Berita Malay 18



Seorang wanita dari Thailand yang enggan mendedahkan namanya kepada umum telah berkongsi beberapa keping gambar pembedahan hidungnya yang tidak berjaya bagi memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak menjalani pembedahan berisiko itu tanpa memeriksa terlebih dahulu latar belakang klinik yang menjalankan operasi berkenaan.

Dia menjalani pembedahan di sebuah klinik di bandar Hat Yai, selatan Thailand, yang menawarkan kos pembedahan hidung (rhinoplasty) pada harga murah.

Teknik pembedahan itu bagaimanapun melibatkan teknik implan silikon pada hidungnya untuk membuatkannya kelihatan mancung , sama seperti yang dilakukan dalam pembedahan pembesaran payudara.

Wanita itu bagaimanapun dikatakan mengalami jangkitan kuman yang telah menyebabkan keradangan berlaku di bahagian yang dibedah.

Wajahnya seolah-olah tidak dapat menerima prosedur itu dan apa yang mengejutkan, implan tersebut telah tertonjol di bahagian atas hidungnya, betul-betul diantara mata kiri dan mata kanannya.

Dia turut memberitahu yang dia ada pergi semula ke klinik itu bagi mendapatkan bantuan, tetapi mereka enggan membantunya, dan turut memberitahu media tempatan bahawa mereka 'tidak akan bertanggungjawab' untuk prosedur yang gagal dilakukan.

Wanita itu bagaimanapun bernasib baik apabila sebuah klinik pembedahan plastik di Bangkok bersedia untuk merawatnya dan mengeluarkan implan silikon tersebut secara percuma.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan terdapat kesan lubang besar di atas hidungnya tempat di mana implan itu dimasukkan.

Pembedahan kosmetik atau plastik amatlah popular di sekitar Asia. Rhinoplasty atau implan silikon khususnya amat menarik minat penduduk Asia yang mempunyai hidung yang kurang mancung untuk mendapatkan bentuk hidung yang diinginkan mereka.

Walaubagaimanapun, pengalaman wanita Thailannd ini adalah peringatan yang amat mengerikan kepada wanita diluar sana yang ingin melakukan pembedahan pada harga yang murah.

Wanita tersebut bukan sahaja tidak mendapat rupa yang dingini, malah kini dia mempunyai lubang dan parut pada wajahnya yang sebelum ini kelihatan sempurna.

Klinik pembedahan kosmetik di seluruh Thailand turut berkongsi gambar pengalaman wanita tersebut sebagai amaran awal kepada orang ramai yang mahukan harga murah untuk tujuan ini dan berita ini telah tular di seluruh dunia.

Wanita tersebut masih belum memberikan kata putus sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik terbabit ataupun tidak. Sumber - mStar Online, Editor - Amira




Subscribe to receive free email updates: