Update Sambut Tahun Baru Dengan Bunuh Kekasih >> Berita Malay 18


Bermotifkan perasaan cemburu, seorang lelaki sanggup membunuh kekasih sendiri dimalam sambutan tahun baru di Pontianak, Indonesia.

Supek yang berusia 29 tahun itu dipercayai membunuh kekasihnya dengan menjerut leher mangsa menggunakan tali ketika mangsa nyenyak tidur tepat pada malam tahun baru kelmarin.

Selepas kejadian berlaku, supek dikatakan berjaya melarikan diri sebelum dia diberkas oleh pihak polis pada keesokan harinya.

Menurut pengakuan daripada suspek, dia mengaku membunuh mangsa yang dikenali sebagai Lie, 17 tahun hanya kerana cemburu.

Menurutnya lagi, pada malam kejadian mereka berdua berjanji untuk menyambut tahun baru di rumah Lie,namun secara tidak sengaja seorang lelaki yang dipercayai kekasih kedua mangsa turut datang ketempat kejadian.

Suspek dan mangsa juga dikatakan sempat bergaduh dan suspek turut mengugut akan membunuh diri.Keadaan riuh dirumah itu dikatakan reda selepas abang suspek datang untuk menenangkan keadaan.

Namun selepas sahaja kejadian itu berlaku, penduduk setempat gempar apabila mayat Lie ditemukan didalam bilik rumah berkenaan. 

Hasil siasatan awal pihak polis M Husni Ramli berkata,mangsa dikatakan dibunuh kira-kira jam 00:20 sebelum ditemui pada jam 1:20 pagi oleh adik mangsa.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan jerutan tali dileher di atas tempat tidur dengan mengenakan seluar pendek dan baju kuning.

Selepas membunuh Lie,  suspek dipercayai sempat merogol mangsa sebelum melarikan diri. Sumber:   , Editor, Amira. 












Subscribe to receive free email updates: