Update 'Datuk' Tipu Pensyarah >> Berita Malay 18


LIMBANG: Seorang pensyarah universiti awam didakwa telah mengalami kerugian sebanyak RM100,000 selepas dikatakan terpedaya dengan tawaran seorang lelaki yang mengaku bergelar 'Datuk'.

'Datuk' terbabit dipercayai mempelawa mangsa untuk menjadi rakan kongsi pelaburan dengan menjanjikan pulangan yang lumayan iaitu di antara 18 hingga 20 peratus sebulan.

Pensyarah lelaki yang berusia 47 tahun itu dikatakan berkenalan dengan suspek yang dalam pada masa yang sama turut memperkenalkan diri sebagai pemilik sebuah syarikat pelaburan dan menawarkan keuntungan selama 10 tahun pada Jun tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Limbang, suspek juga turut meyakinkan mangsa dengan menjanjikan tawaran melancong dengan pakej yang menarik.

Katanya lagi, mangsa yang yakin dengan penampilan suspek bertindak menyerahkan wang tunai RM100,000 dengan memindahkan wang ke akaun syarikat suspek pada Jun lalu.

Namun selepas lebih tiga bulan menunggu, keuntungan yang dijanjikan tidak diperoleh,

Selain itu, suspek juga turut berdalih dengan memberikan pelbagai alasan setiap kali diajukan pertanyaan mengenai keuntungan itu.

Mangsa akhirnya segera tampil membuat laporan polis di Balai Polis Limbang, Jumaat lalu dan memohon tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa.

Tambahnya lagi, polis kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek berdasarkan maklumat diperoleh daripada mangsa yang kini suspek dikatakan berada di sekitar Sabah.

Kes ini juga akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Sumber: Berita Harian, Editor: Amira

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :